Home Ads

Gegar Vaganza 4 ~ Aishah Tetap Lagenda

December 18, 2017 1 Comments
Assalamualaikum..
Tamat dah Gegar Vaganza Musim ke4. Semua pun dah tahu pemenang kan. Tahniah untuk The Living Legend Kak Aishah..Memang dari awal boleh kata Lynda teamAishah..Hehe.. Tapi suka juga Liza Hanim..

Dari awal tengok gitu-gitu je. Sebab kat rumah takde Astro. So kita tengok online je. Jadi tengok mood juga nak tengok GV ni. Dan pilih juga nak tengok siapa. Bila tengok online ni dapatlah skip part kecoh-kecoh tu kan..hehe.. Lama-lama tengok part kecoh tu pun jenuh juga..

Kak Aishah bawa lagu Celine Dion - All by Myself dan memenangi RM100,000 sebagai juara GV4. Masa Battle dengan Liza Hanim nyanyi lagu Supergirls. Memang mengancam. Tapi Aishah kan. Mana pernah mengecewakan.
Tempat kedua dengan hadiah RM50,000 adalah Liza Hanim bawa lagu Search - Meniti Titian Usang. Liza Hanim kalau nyanyi macam dalam kaset kan. Eh, ada yang pakai kaset lagi ke? hehe.. Taklah, maknanya suara Liza Hanim ni live dan dalam rakaman takda beza pun. So memang penyanyi yang baik dia ni.. Dulu siap ada kaset Liza Hanim ni tau..
Hazami tempat ketiga memang tak payah cerita juga vokal dia kan. Gemersik suara Hazami, lembut dan sopan macam dia. Kiranya dengar suara Hazami memang boleh tenang-tenang je. 



Tahniah juga untuk Lan Solo, Firman dan Tia Jinbara. Orang-orang lama ni biasanya memang suara sedap dan tahap persembahan tinggi. Bila lagi kan nak tengok orang lama yang dah lama menyepi ni perform kan. Inilah pentas dorang.. Good luck all. Tunggu next GV la nak layan lagu-lagu lama balik.xoxo

Lynda Che Lah

Belajar Buat Bento di Bengkel Bento MILO

December 18, 2017 5 Comments
Assalamualaikum...

Sabtu lepas, Lynda diundang untuk satu bengkel bento di Bandar Kinrara Puchong. Rasanya ramai tahu pasal bento kan. Lynda biasa juga dengar tapi kan.. takde masa nak buat. Sebab bila tengok rekaan ibu-ibu di FB Kelab Bento tu kan..aduhai..kreatifnya.
Lagipun dah nak  buka sekolah ni kan. Mesti kita semua perlukan idea untuk bekalkan sarapan untuk anak-anak kita kan. Kalau nak tahu, mengikut kajian oleh Nestle Malaysia, seorang kanak-kanak menggunakan sehingga 1500kcal dalam satu hari persekolahan. Ini bersamaan dengan tenaga mendaki gunung, berenang sebanyak 50 pusingan atau menghabiskan separuh maraton.

Bertempat di Smart Junior Chef, Lynda dan Qoid menghadiri bengkel yang turut dihadiri selebriti tanah air seperti Dynas Mokhtar, Diana Rafar dan Serina Redzuan. Bengkel ini membantu ibu bapa macam Lynda yang ada anak di sekolah rendah untuk menyediakan hidangan seimbang yang dapat membekalkan tenaga sepanjang Qoid di sekolah. 

MISI MILO
Acara tahunan ini merupakan misi MILO untuk membantu ibu bapa memastikan anak-anak mendapat khasiat yang dapat menyokong perkembangan mental dan fizikal merka serta memenuhi keperluan tenaga seharian mereka.

"Kanak-kanak adalah juara kita. Maka pentingnya kita memberikan mereka segala sokongan yang diperlukan untuk berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kami menggalakkan ibu untuk menyediakan bekal makanan yang seimbang dan berkhasiat serta MILO UHT unuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah. MILO UHT dapat menghasilkan tenaga yang efisien daripada makanan, sekaligus membekalkan tenaga kepada kanak-kanak untuk memberikan prestasi yang terbaik dari segi fizikal mahupun mental"
Pengurus Jenama Kanan Nestle Malaysia, Angeline Lim

PENTINGNYA SARAPAN PAGI
Di bengkel ini juga dibincangkan tentang pentingnya sarapan pagi. Pakar diet dan nutrisi, Georgen Thye daripada Persatuan Dietitician Malaysia telah berkongsi tentang fakta dan pentingnya sarapan serta diet seimbang. Thye juga berkongsi tentang satu penemuan daripada kajian MyBreakfast Study bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak didapati mempunyai tahap fizikal yang rendah terutamanya di kalangan mereka yang tidak mengambil sarapan.



Thye berkongsi tentang pinggan makanan seimbang Malaysia yang terdiri daripada separuh hidangan buah-buahan dan sayuran, suku pinggan bijiran dan suku pinggan protein. Menurut beliau, pengambilan nutrisi yang tidak tetap kerana tidak mahu makan ataupun pilihan makanan yang kurang baik menyebabkan kanak-kanak kehilangan tenaga dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah. Penetapan masa makan yang tetap serta penyediaan makan yang berkhasiat dapat membantu menambah tenaga kanak-kanak.
PERSEDIAAN MENU BERKHASIAT DAN KELAS BENTO
Aktiviti seterusnya adalah sesi mencipta hidangan sihat dan seimbang olehh Thye sendiri. Di ssi ini, Thye berkongsi 3 resepi ringkas dan mudah. Sebab pada kebanyakan kita, susah nak sediakan sarapan dan bekal kerana kesuntukan masa kan. Tapi Thye berjaya berkongsi untuk menyediakan sarapan seringkas 5 minit. Antara tips adalah, sediakan dulu semua bahan-bahan yang diperlukan pada waktu malam dan hanya disediakan masakan pada waktu pagi.
Antara hidangan yang dikongsi adalah Labu Kuning dengan Tuna, Pasta Sejuk Hawaiian Tuna dan Roti bersama Mentega Kacang dan Pisang. 
Seterusnya, Puan Hasnawati Yahya, ahli Kelab Bento/Bekal Malaysia telah berkongsi idea tentang hidangan bento yang menarik dan mudah serta cepat disiapkan. Beliau berkongsi tips tentang menyediakan bekas bento yang menarik dan ceria serta dapat menarik minat anak-anak.
PERTANDINGAN MENCIPTA BENTO
Ok, part ni paling best dan mendebarkan. Sebab Lynda bukan seorang yang kreatif dan biasanya kalau bekalkan Qoid makanan pun takde hiasan atau gambar beruang. So, ni cabaran juga untuk mencipta sesuatu dikelilingi selebriti hebat dan ahli-ahli Kelab Bento/Bekal Malaysia.. Jadi, kami pilih buat Sandwich Telur dan hiasan Ultraman mengikut pilihan Qoid.

Pemarkahan diberi dengan cara mengundi melalui undian kanak-kanak yang hadir dan oleh 3 juri utama iaitu Puan Angeline Lim, Thye dan Puan Hasnawati Yahya. Ada macam-macam rekaan yang menarik tapi untuk rekaan amatur Lynda dan Qoid kami dapat 4 undian daripada anak-anak.. Fuh..lega! Haha..

Dan pemenangnya adalah yang mendapat undian terbanyak, rekaan bento yang menarik dan makanan yang seimbang. Tahniah kepada pemenang.
SERONOK BERBENTO
Yang Lynda belajar kat sini adalah tak susah sebenarnya nak sediakan bento. Yang penting sediakan makanan yang berkhasiat dan menambat hati anak-anak. Sebab anak-anak nampaknya suka tengok secara visual. Cantik dan menarik di mata mereka, baru mereka nak makan. Jadi boleh sediakan bento yang menarik contohnya watak kartun kegemaran mereka. Dan tempoh menyediakan pun tak lama mana kalau nak diikutkan kalau kita bijak menyediakan bahan sebelum tidur malam itu. Disamping itu, kita dapat mengajak anak-anak membantu di dapur dengan memberikan tugasan ringkas pada mereka kan. Nampaknya, bolehlah Lynda menyediakan bento bila Qoid masuk sekolah nanti. Dan jangan lupa juga bekalkan sekotak MILO UHT untuk menambah tenaga.


Tentang MILO
MILO, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dipenuhi dengan kebaikan semulajadi malt, susu dan koko, dan diperkata dengan ACTIV-GO, campuran unik dan mineral, MILO merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dulu lagi.

MILO UHT dijual dalam pek minum 125ml dan 200ml di semua pasaraya dan kedai serbaneka. Maklumat lanjut boleh ke :
Facebook Milo Malaysia
Instagram Milo Malaysia

Lynda Che Lah

Memenuhi Undangan..

December 17, 2017 5 Comments
Assalamualaikum...
Cuti-cuti sekolah ni memang banyak acara dan jemputan perkahwinan kan. Dan dengan zaman serba moden ni, undangan pun melalui IG atau FB je. Setahu Lynda, memenuhi undangan hukumnya fardu ain iaitu wajib jika diundang..Nanti kita kupas lanjut tentang syarat dan lain-lain ketetapan itu.

“Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”
~Hadis Riwayat at-Tabrani

Jadi tak jadi alasan kalau berpuasa tidak boleh hadir undangan. Kebanyakan orang tua, biasanya dorang ni berpuasa kan. Tiada masalah untuk tidak makan tetapi hadir untuk menghormati undangan. 

Dan hari ni ada satu undangan nak dipenuhi. Diundang pun melalui IG. Tapi siap kad lah semua. Maklumlah, bakal pengantin ni pun kadang takda masa dah nak fikir cari alamat apa semua. Mudah, jemput je melalui medium yang ada. Yang mengundang ni pun kan sebenarnya, kawan yang dikenali masa aktif buat vendor butik dulu. Rapat di IG dan FB juga. So, apa salah masa hari bahagia dia ni kita datang dan raikan sekali kan..

Jadi pagi ni, Lynda masak spageti bolognese je untuk sarapan. Kena juga makan dan minum dulu. Sebab anak-anak ni biasalah kan.. Kadang di majlis perkahwinan ni lebih kepada ambil kudapan dan lain-lain makanan macam coklat dan aiskrim. Nasi memang taknak dah..

Nak bersiap dan lepas tu cari barang nak masak sikit. Dah lama rasanya tak tengok sayur-sayuran cantik2. Terapi..hehehe..xoxo

Lynda Che Lah


Peringatan Penting untuk Pelanggan Air Asia

December 16, 2017 1 Comments
Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian daripada Air Asia dan Air Asia X. Kebanyakan daripada kita dah mula melancong dan terbang ke sana sini kan sempena cuti sekolah. Jadi dalam menguruskan perjalanan pun jangan lupa tips penting yang ingin dikongsikan oleh Air Asia ini.

Adalah dinasihatkan untuk tetamu tiba di lapangan terbang:

  • 3 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk penerbangan AirAsia 
  • 4 jam lebih  awal untuk penerbangan AirAsia X untuk menguruskan hal berkaitan penerbangan dan mengelakkan kesesakan yang dijangka disebabkan oleh peningkatan jumlah penumpang perjalanan dalam tempoh ini.
Check In : 

  1. Web Check In
  2. Mobile Check In
  3. Kiosk Check In

Seawal 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum berlepas untuk semua penerbangan AirAsia dan sehingga 4 jam sebelum berlepas untuk semua penerbangan AirAsia X. 

Self Check-In dan Self Bag Tag beroperasi sepenuhnya di: 

  • KLIA2, 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 
  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, 
  • Lapangan Terbang Bintulu, 
  • Sultan Lapangan Terbang Ismail Petra, 
  • Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 
  • Lapangan Terbang Labuan, 
  • Lapangan Terbang Miri, 
  • Lapangan Terbang Sandakan, 
  • Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Tawau.
DROP BAGGAGE
Bagi para tetamu yang mempunyai bagasi mendaftar masuk, kaunter Drop Baggage ditutup 60 minit sebelum keberangkatan penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka di pengimbasan keselamatan, pelepasan bagasi dan pusat pemeriksaan imigresen semasa musim cuti ini, adalah lebih baik untuk melengkapkan pengangkut bagasi dan terus ke pintu masuk seawal mungkin.

TERMINAL 4 DI LAPANGAN TERBANG SINGAPURA
Bagi mereka yang melancong ke dan dari Singapura, AirAsia kini beroperasi di Terminal 4 yang baru dan canggih sepenuhnya di Lapangan Terbang Changi Singapura yang boleh dicapai dengan teksi, kereta sewa swasta, bas dan pengangkutan peribadi. Para tetamu yang berlepas dari Terminal 4 juga dinasihatkan untuk tiba 3 jam sebelum berlepas untuk memastikan masa yang mencukupi untuk bergerak melalui terminal baru.

GROUP BOOKING/ OKU/ KEPERLUAN KHAS
Tetamu dengan tempahan kumpulan, OKU atau dengan keperluan khusus hanya dibenarkan mendaftar masuk di kaunter dan perlu memperuntukkan lebih banyak masa untuk menguruskan semua formaliti perjalanan. Kakitangan di AirAsia boleh membantu semua tetamu dengan keperluan perjalanan mereka untuk memastikan pengalaman perjalanan yang menyenangkan semasa tempoh percutian ini.

HAND LUGGAGE
Setiap tetamu (kecuali bayi) hanya dibenarkan :
SATU bagasi kabin (tidak lebih besar daripada 56 x 36 x 23cm dalam dimensi) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan atau beg kecil di dalam kapal dan jumlah berat yang dibenarkan untuk 2 buah bagasi yang tidak dicukupi mesti tidak melebihi berat 7kg. 
Semua tetamu digalakkan untuk menempah terlebih dahulu berat bagasi yang mencukupi untuk lebih banyak simpanan. Log masuk ke 'Manage My Booking' untuk menambah lebih banyak peruntukan berat bagasi di airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada peranti iPhone dan Android.

TEMPAHAN MAKANAN DALAM PESAWAT
Ia juga disyorkan untuk tetamu membuat tempahan dalam talian Santan Combo Meals mereka dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (D7), memandangkan permintaan yang meningkat pada tempoh ini boleh menyebabkan makanan tidak mencukupi untuk pembelian di atas kapal. Ibu bapa yang melancong dengan anak-anak mereka boleh menempah hidangan anak-anak istimewa, Lil 'Star Combo, yang terdiri daripada pizza mini, minuman dan kotak makanan ringan. Makanan Combo disediakan untuk prebooked sehingga 24 jam sebelum berlepas melalui 'Manage My Booking'.

WIFI MELALUI ROOKI
Bagi yang perlukan talian internet, boleh melanggan wifi Rooki dengan harga serendah Rm9 dan akan disambungkan kepada telefon anda. Terdapat juga tawaran beli belah ekslusif melalui Rooki Shop. Bolehlah nak beli Duty Free Merchandise Air Asia melalui talian dan akan dihantar terus ke kerusi anda. Sila ke bigdutyfree.com untuk tempahan awal sehingga 48 jam (AK) dan 72 jam (D7).

Untuk makluman lanjut, pastikan anda mengikuti socmed Air Asia:
Twitter Air Asia
Facebook Air Asia

Lynda Che Lah

Perancangan 2018 ~ Bina Tembok Baru

December 16, 2017 4 Comments
Assalamualaikum..
Dah tinggal beberapa minggu je dah nak masuk 2018. Dah mula pasang azam dan perancangan ke? Macam Lynda, tahun 2017 ni macam-macam pencapaian kecil dan besar. Buat rumah sendiri antara pencapaian yang dicapai tanpa perancangan. Freedom of financial.. hehe.. Rezeki kan..

Jadi untuk tahun 2018 dah plan sikit nak tambah mana yang kurang. Ada plan nak renovate sikit bahagian depan rumah ni. Sebab masa bina bajet tak cukup.
Tambahan plan nak pasang lantai marmar dan tinggikan sikit bahagian sebelah kiri tu buat mcm beranda. Boleh letak kerusi dan duduk-duduk minum petang..Nak letak batu botol.. Bila dah ada tempat nak gantung nanti, boleh beli bunga-bunga macam orkid ke..Tanduk rusa ke. Lepas tu tambah siling pada awning dan pasang kipas.


Banyak juga nak belanja tu kan. So plan pertama mestilah kumpul duit kan. Insha Allah nampaknya boleh tercapai lah hasrat tu sebab banyak dah dijimatkan lepas takde lagi loan rumah. Nak rehat dulu 3 4 tahun baru fikir beli rumah untuk pelaburan pula. Mana tau tahun depan tukar kerajaan harga rumah murah. Eh.....

Deko dalaman rumah masih tak pandai sgt. Kalau tak kreatif ni memang bab ni slow sikit. Berkalilah tengok deco sana-sini tapi fail juga...hehe..takpe.. Take time. Berangan tak salah..xoxo

Lynda Che Lah

Tips Shopping di Ikea

December 13, 2017 13 Comments
Assalamualaikum...

Amboi...pergi Ikea pun ntah setahun tak sekali siap bertips bagai. Tapi memang tips ni berguna untuk Lynda, mak anak 2 yang lasak ya amat. Tapi nasib baik anak-anak Lynda jenis behave tak selerakkan katil pameran ke.. setakat baring-baring adalah. Tapi lepas tu suruh kemas balik. Ok..sori lari tajuk..

Lynda suka pergi Ikea. Walaupun bukan selalu sebab Ikea ni berhantu. Ye berhantu! Korang dah set dalam mind dan bajet nak beli apa kan. Tapi sampai Ikea, say bye-bye to budget! Haha.. Memang akan lari bajet sebab mata korang terpukau dengan segala deko menarik dalam Ikea. Bukan Lynda je kena. Encik Hubby pun confirm kena. Jadi memang penting tetapkan niat dan kalau tersasar pun tak jauh mana.hehe.

TIPS 1
Pilih apa korang nak melalui Website Ikea. Ambil masa at least 2 3 hari sebelum kunjungan ke Ikea. At least boleh dapat update samada barang yang kita nak tu masih ada stok atau tidak. Dan boleh bayangkan, cantik ke tak rak TV tu kalau nak dibeli. Macam Lynda, mesti survey dulu kat Website Ikea.

TIPS 2
Sampai Ikea, sila cekalkan hati dengan hanya lalu saja di ruang pameran.. Haha.. Ini tak pasti semua orang boleh ke tak. Lynda pernah pergi sorang. Dah siap bawa list. Hanya lalu je ruang pameran tu tanpa berhenti di mana-mana ruang pun. Sebab dalam list dah siap ada rak dan section no. Sangat cepat dan pantas. Tapi baru ni pergi ngan Encik Hubby, lama juga round walaupun dah janji sesama sendiri. Sila jangan lari dari tujuan. Tapi berdua memang akan tewas. Tambah pula bawa 2 hero kan. Takpe, sambil menyelam minum air. So, good luck korang dengan tips ni..

TIPS 3
Bila korang tak berjaya elakkan diri daripada ruang pameran, maka marilah cuci mata. Tengok apa yang berkenaan dan fikirkan samada perlu ke tidak. Tapi masa ni, akan muncul dalam diri bahawa, pelapik periuk tu adalah perlu..So, ambil lah kalau harga masih dalam bajet..Haha.. Tak semua orang kuat dan berjaya..hehehe..

Dalam masa yang sama, kalau korang tak buat list tapi dah plan nak beli apa, terus ke ambil gambar label barang yang korang berminat tu. Sebab di ruang pameran, barang dah siap pasangkan. Tapi konsep Ikea adalah DIY. So, dengan label ni, mudah korang nak cari barang korang di tapak barangan nanti.




TIPS 4
Bila bawa anak-anak kecil memang akan ambil masa sikit. So, bagi dorang peluang tengok harga dan perhatikan jenis barangan. Salah satu cara belajar. Kalau nak cuba baring atas katil ke tilam ke pastikan tidak dipijak dengan kasut dan kemaskan balik seboleh mungkin. Kan nampak kemas kan. Biasalah. Budak-budak..


TIPS 5
Terus ke tapak barangan dan gunakan gambar yang diambil tadi untuk ambil barangan korang. Mudah sebab di label dah letak rak ke berapa dan section berapa. Mudah je cari barang. Kalau takde stok pun boleh nampak di sini. So penting untuk korang decide awal di ruang pameran. Lynda dan Encik Hubby mudah ambil barang dengan cara ini. So, jimat masa dan tenaga juga sebab shopping dengan anak-anak ini perlukan kesabaran tinggi. Dan dorang pun boleh tahan sabar dengan kita kan. So lepas shopping boleh bawa anak-anak makan-makan dan pergi indoor playground.

Hasil tangkapan hari tu, yang lari bajet tipis adalah rak TV baru, rak pinggan baru, almari baju anak-anak, tempat plastik etc. Nampak tak semua benda tu ada je kat rumah ni tapi macam almari anak-anak memang kena beli sebab dah pecah-pecah. 


Macam ada nak pergi lagi. Mood deko dah ada ni. Tapi takdelah kreatif sangat kami suami isteri. Janji nak nampak ruang selesa dan moden. Barang Ikea takde lah mahal mana. Kena pandai buat pilihan dan korang masih boleh berbelanja dengan bajet sendiri. Happy Shopping! xoxo

Lynda Che Lah

Wanita dan Resit ~ Kenapa Mesti Simpan Resit Ye?

December 12, 2017 10 Comments
Assalamualaikum..

Pagi ni Lynda kemas wallet kecil. Sebab rasa kenapa macam serabut. Dan yang buat serabut selalunya resit-resit yang disimpan tak kira beli apa. Korang macam tu tak? Macam dah jadi habit pula simpan resit ni. Nak kata ada sebab, tak juga. Sebab, kalau sesi spring cleaning wallet tu, last-last mesti buang juga resit tu.
KENAPA SUKA SIMPAN RESIT?

Bagi Lynda, satu sebab kenapa Lynda simpan resit adalah, Lynda tak suka buang sampah merata. Lynda tak suka tengok orang ambil resit kalau beli somethings tu lepas tu ponyok-ponyok resit pastu buang. Rasa macam..eiiii.geramnya. Memang lah resit tu kecil je kalau diikutkan. Tapi kalau semua orang macam tu, bayangkan macam mana banyaknya resit dan sampah dikumpulkan. Cukuplah kan korang tengok kat bank bersepah resit. So, kalau Lynda ambil resit, Lynda akan terus masuk dalam wallet termasuk dengan duit baki. Senang. Nanti baru kemas. Sebab tujuan utama untuk resit pun kebiasaannya hanya untuk tengok baki duit yang diterima betul ke tak. Betul kan.
Selain itu, ada teman yang bagitau, nak buat reconcilation. Haha.. mungkin. Nak tengok banyak mana kita dah berbelanja 2 3 hari ni. Perlu ke tidak. Tapi biasanya kalau wanita berbelanja memang perlu lah kan. Kecuali shopping online. hehe.. Shopping online takde resit. Kalau ada dalam inbox emel. So tak bersepah dan biasanya tak tengok. Sebab takut tengok amaun. Haha..
Ketiganya, kebanyakan barangan dan kedai yang kita pergi tu, boleh tukar barang, pulang barang dan ambil duit balik kalau barangan yang dibeli rosak ke atau tidak menepati citarasa (saiz). So dengan adanya sikap wanita suka simpan resit ni, bolehlah kan kita menyelamatkan keadaan genting ni. Kalau ada resit je baru boleh tukar. Kan...mudah. At least resit tu dalam wallet seminggu pun masih ada gunanya.

Keempatnya, bukti utama perbelanjaan untuk diangkat bagi kelulusan seterusnya oleh YAB Encik Hubby. Kebanyakan perbelanjaan anak-anak pun Lynda beli. Mohon peruntukan je. So, kalau ada resit. At least boleh minta peruntukan tambahan bulan akan datang bagi barangan yang sama kan. Kalau lebih peruntukan boleh simpan. Jangan ngelat yang ini. 

Kebiasaan yang selalu kita buat ni pun sebenarnya dalam masa yang sama memudahkan kita. Dalam menjaga kebersihan pun. Buang je apa nak dalam handbag dulu. Balik rumah baru bersihkan apa yang patut. Mungkin resit yang ada tu ada cabutan bertuah kan..Manalah tau..

Rasanya, kebanyakan wanita begini. Dan rasanya korang setuju kan dengan sebab musabab ni. Wanita dilahirkan rumit. Tapi dalam rumit tu ada kesempurnaan yang tak didapat dilihat dengan mata kasar.. Saling melengkapi bak kata Encik Hubby..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

Review ~ Cafe Burger Bukit Rajah

December 10, 2017 3 Comments
Assalamualaikum...

Kami sekeluarga sebenarnya suka pelbagaikan menu makanan. Kalau rajin masak yang berat-berat pun hari cuti. Kalau hari biasa selalu Lynda masak simple je. Malam biasanya juga kami makan tak banyak. Dan untuk luangkan masa sama-sama, kami makan kat luar. Pilihan makanan bergantung. Kalau tak kedai Siam, kita cari western food.

Kali ni lajak sikit ke Bandar Bukit Raja. Saje nak cuba satu cafe yang menghidangkan makanan western dengan harga yang berpatutan. Cafe Burger yang terletak di Jalan Makyong 5A/KU 5, Bandar Bukit Raja. Nak cari korang kena Waze ye sebab terletak di kawasan perumahan.

INTERIOR DAN DEKORASI



Dekorasi simple dan ada 1 space yang dihias cantik kalau korang ada plan nak buat suprise birthday ke atau private event. Cafe ni tak besar sgt. Mungkin boleh memuatkan dalam 30-40 orang di dalam dan ada table di luar kedai. Kalau tak hujan boleh duduk open air. Semua hidangan dimasak panas yang mana korang boleh tengok dorang grill tu dari sebelah luar cafe. Lynda tak ambil gambar pun open space tu.

MENU DAN HIDANGAN
Hidangan berasaskan western food dan ada dessert. Yang best, ada jual air sirap. hehe. Ni kegemaran anak-anak. Jarang cafe yang buat western food ni ada air sirap. Selalu byk fresh juice atau blended juice je kan. So, anak-anak Lynda suka datang sini sebab dapat minum air sirap.. Tipikal anak melayu..hehe..


Spageti Lynda order tu sedap. Ni Olio Seafood Spageti. Rasa ok dan udang ada banyak. Yang gambar bawah tu, Chicken Grill. Kali pertama Lynda makan Chicken Grill yang sedap dan cukup rasa. Rasa perapan yang manis dan mcm makan BBQ kita buat kat rumah. rasa tak cukup 1. Tapi lain kali kita pergi boleh order lagi makan panas-panas.
Nama pun Cafe Burger kan, of coz ada hidangkan burger. Tapi malam tu kami takde mood nak makan burger. Ni Lynda amik gambar dari IG Cafe Burger.
Kalau korang ramai, maybe boleh cuba platter ni. Harga RM38.00 je. Kongsi ramai-ramai dan buat tambahan dessert lain. Suasana cafe pun tenang je tak penuh dan tak bising. Senang parking.. Kalau nak buat private function pun ok sebab sangat simple tempatnya.

Cafe Burger pun ada pakej khas serendah RM100 untuk korang nak sambut birthday ke atau anniversari. Dorang akan aturkan menu dan kek serta dekorasi. Siap belon bagai. Sape nak buat suprise dalam suasana tenang dan mampu milik boleh datang sini. Insha Allah berbaloi.

Lynda jumpa sendiri owner dan beliau terima sebarang komen untuk penambahbaikan. So after sale pun puas hati. Kita kena bantu dan sokong lah kan peniaga yang cuba nak lakukan sesuatu dan bersedia terima pendapat.. Insha Allah, memang akan datang lagi. Orang Klang dan sekitar  yang cari makanan best dan berpatutan, boleh check it out ok..xoxo

Cafe Burger Bandar Bukit Rajah
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Sabtu 
5.00 petang - 11.00 malam
Alamat : 21, Jalan Makyong 5A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang.
Instagram : cafe_burger003
WhatsApp : 011-1133 2803

Lynda Che Lah

Cara Betulkan Adsense Lepas Tukar Domain

December 06, 2017 13 Comments
Assalamualaikum..
Nak share berita baik! Lynda dapat Adsense Lynda balik! Macam dapat durian runtuh rasa.. Sebelum ni mood kemurungan juga sebab macam-macam dah buat untuk dapatkan Adsense tapi akhirnya berkat bantuan Encik Hubby, dapat balik paparkan Adsense di blog dan keep generate income!

BILA APPLY ADSENSE
Dah lama sebenarnya apply Adsense ni. Tak silap awal tahun 2017. Masa tu saja je sebab tengok bestnya orang update akaun Adsense dorang membuahkan hasil lumayan. Tapi masa tu juga, blog kurang post sebab kesibukan kerja. Dah lulus masa awal tahun 2017. Tapi tak pernah terfikir nak letak kat blog. Kiranya, tak ambil tahu pun.

Lepas 6 bulan tak aktif, Adsense hantar reminder kalau tak akaun akan ditamatkan. Baru lah masa tu sibuk nak letak iklan kat blog. Dan bila buka dashboard Adsense, happy sebab blog tak berupdate pun boleh jana income. Lumayan tak lumayan pun kalau dalam $ nampak macam wau banyaknya!

ADSENSE TAK BERFUNGSI SELEPAS TUKAR DOMAIN
Adsense kembali menari-nari di blog untuk tempoh tak sampai sebulan pun sebab tiba-tiba Lynda decide nak tukar domain. Masa ni juga taktahu yang kalau kita tukar domain, Adsense akan automatically disable. Lepas dah beli domain, tengok dashboard Adsense suram. Langsung takda transcation, padahal dalam setting template blog ada je Adsense tu. Tapi setiap kali buka blog, takde iklan. 
Baru lah Google balik, sekali ramai yang cakap, kalau kita tukar domain, memang Adsense akan lenyap. Sebab tak boleh baca domain baru. Selain tu, polisi Adsense tak boleh seorang ada lebih dari satu akaun Adsense. 

CARI JALAN PENYELESAIAN
Masa ni, macam tak tahu nak buat apa. Google untuk penyelesaian pun kebanyakan suggest reapply. Buat juga begini. Tapi disebabkan, nama yang dicatatkan dalam ruangan payment tu nama yang sama, so Adsense just inform akaun telah wujud. Betulkan lah html dan layout still Adsense kaku.

Tanya kawan-kawan blogger pun kebanyakannya bagitau cuba hantar ticket atau reapply. Lama juga tu cari jawapan. Tetapi masih sama. Jenuh recreate akaun gmail la apalah..masukkan domain baru sebagai akaun kedua lah tapi Adsense tetap bagitau akaun telah ada. Keep advertise tapi kat blog takde.

Mood down sampai ke saat cukuplah, dahlah. Takde rezeki nak pakai dan merasa income Adsense. Memang takde penyelesaian. Dan biarkan saja akaun tu terminate nanti dalam 6 bulan. Lepas tu kita fikirlah balik. Cuma mengadu dengan Encik Hubby, Adsense dah takde T_T

JUMPA PENYELESAIAN
Hari Ahad lepas, masa siapkan entri Bangi Wonderland, cuba lagi google penyelesaian. Konon nak give up tapi hati masih mahu. Tapi end up bising-bising sebab jawapan masih sama. Dah godek layout semua, masih sama. Kaku..

Sekali, Encik Hubby tunjuk something dia Google kan. Adsense tidak lagi ada di blog selepas tukar domain. Ini antara soalan kegemaran rupanya pada team support Google dan Adsense. Rupanya, bukanlah Lynda sorang yang hadapi masalah sama selepas tukar domain.
Jawapannya ada dalam Dashboard Adsense rupanya. Tapi ye lah. Manalah kita nak cari tambahan pula banyak ayat teknikal. Bila dah stress tu baca apapun tak jumpa.

Untuk menukarkan akaun Adsense kepada domain atau hosting baru, log in ke akaun Adsense > pilih My Ads > Other Products > Upgrade Now > isikan form dengan alamat url baharu korang. Macam Lynda hari tu masukkan www.lyndachelah.com dan apply. Lepas apply, kena tunggu at least 3 hari untuk Adsense proses. Ada rezeki adalah kan.

Dan hari ni, dapat emel daripada Adsense mengatakan pertukaran domain telah berjaya! Syukur. Adsense dah kembali di lyndachelah.com. Semangat balik..hehe..
So, tak murung dah. Dan semangat kembali ada. TQ semua yang sudi dgr keluh kesah. Dan kena rajin lebih lagi lah kan. Yang penting jangan putus asa dan jangan malu bertanya..xoxo

Lynda Che Lah