Saya mau ganti puasa

April 27, 2011
Salam u'olls...
kejap je dah masuk bulan April..lebih kurang 3 bulan lagi masuk Ramadhan balik..erm..kejap je kan...sy pun tak sempat-sempat ganti puasa lagi..haha..x sempat ke malas? sendiri mau ingatlah kan..

Sy tinggal puasa banyak juga...tahun 2009 sewaktu mengandungkan Qoid...sy cuma dpt puasa 10 hari sahaja..bukan sbb morning sickness..atau alahan..tp sy mengada tak mau puasa atau dlm erti kata lain..sy risau sy tidak mampu dan risaukan kandungan sy...jadi sy tetap kena ganti puasa dan bayar fidyah..

Sy sudah plan mau ganti secepat mungkin dan buat drpd hr Isnin smpi Khamis..tp ade pendapat yang mengatakan bahawa xleh puasa selain Isnin dan Khamis kan..sebenarnya pendapat ini tidak betul atau kurang tepat...Islam menggalakkan kita berpuasa utk kesihatan dan terdapat hari-hari yang kita digalakkan berpuasa...harap dibetulkan pendapat sy jika salah..

Islam menganjurkan kita berpuasa pada :
  1. Sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.
  2.  Enam hari di bulan Syawal
  3. Hari pertama Zulhijjah hingga hari ke sembilannya
  4. Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
  5. Sabda Nabi s.a.w.; “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). Hari terbaik untuk berpuasa tiga hari tersebut ialah hari ke 13, 14 dan 15 pada setiap bulan. Bulan yang dimaksudkan ialah bulan Islam.
  6. Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi.)
  7. Puasa Nabi Daud a.s. bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzul-Hijjah)
Terima Kasih : Sumber Sebutir Kasih Sejuta Sayang 
Jadi...jelas utk dr sy bahawa..sy boleh saja ganti puasa bila-bila sy mampu..jadi azam sy mau cepat2 ganti puasa...n tambah puasa sunat..Selamat beramal..hehe...xoxo
nolynqoid

No comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.