Solat Jemaah

April 29, 2011
Salam u'olls....

Post kali ni mau membongkar sedikit kemusykilan dalam solat jemaah ni...so dr pg tadi sy dok mencari kesahihan dan kepastian berkenaan hal ini...
Sewaktu baru mula mendirikan rumahtangga dulu..adalah seseorang ini menasihati sy betapa berkatnya amalan solat jemaah di rumah..Selain mengeratkan hubungan suami isteri, pahala yang didapati berlipat kali ganda jika dibandingkan dgn solat bersendirian.. Alhamdulillah...sehingga kini..sy dan encik hubby akan menjalankan aktiviti ini bersama sekiranya tiada halangan (misalnya jika encik Qoid tidur awal..hehe)...Rasa tenang mendengar alunan suara encik hubby yang agak garau di tengah keheningan malam...hehe..

Sy pernah melihat dlm suatu drama televisyen yang menyiarkan bahawa si isteri berdiri di sebelah kanan suami sewaktu berjemaah..yang sy dan encik hubby praktikkan adalah..sy berada di sebelah kiri encik hubby..sedikit kebelakang.. Jadi sy jadi musykil tentang perkara ini..

Untuk menghilangkan kemusykilan dan rasa was-was, sy pun Google lah tentang perkara ini..Ini antara yang sy dapat utk dikongsi :

Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak boleh makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain di belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia dikira tetap sah solat.

Jadi jelaslah tidak kira samada sy berada di sebelah kanan atau kiri, sy perlulah berdiri di belakang encik hubby.. Yang penting, kita mencari keredhaanNya dalam setiap perkara..Selamat Beramal..hehe..xoxo


nolynqoid

No comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.