Home Ads

Kenapa Anak Selalu Demam

Salam u'olls..

Sekarang ini cuaca agak tidak menentu kan..Mungkin sudah semakin dekat dengan Ramadhan..Sakit badan dan demam-demam perkara biasa sewaktu musim begini..Diharap kita diberi kemudahan menjalankan tugas harian..Amin..
Sebenarnya, masuk hari ni dah dekat 5 hari anak buah sy Nur Arianna Hani demam..kejap kebah, kejap demam balik..dah 2 3 klinik pegi dapatkan rawatan tapi masih begitu..Jangan cakaplah berurut..minta air penawar..semua dah..kesian dia..Dia ni kalau sakit memang teruk..lemah je..pernah beberapa bulan dulu, masuk ward..









Mcm mana nak atasi kanak-kanak kerap demam ni? Sy jumpa sesuatu untuk dikongsi..Harap-harap bermanfaat untuk kita semua..

Apakah itu demam?

" Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.


Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi?

Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar. Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.


Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.


Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.

Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang meronta-ronta.


Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam :
  • Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. PCM dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian. 
  • Jika boleh kurangkan pengambilan ubat atau PCM kerana anak-anak dalam proses melawan jangkitan. Jadi kalau dah demam lebih 3 hari baru kita on antibiotik itupun dengan seliaan Doktor.
  • Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam). Jika hari siang, cuma pakaikan pampers sahaja. Biar dia serasi dengan suhu semasa.
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya. Jika mempunyai penghawa dingin, setkan kepada 24 darjah C dan biarkan sentiasa terbuka. Tutup kipas bagi memastikan bilik sentiasa sejuk. 
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan. 
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan lemon atau titikkan minyak lemon. Gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa. Jangan basahkan kepala dengan menjirus kepala terus. Ini akan menyebabkan selsema dan membuat demam lebih teruk. Hanya sapukan sedikit air di muka dan kepala jika kepala panas.
  • Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walaupun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
  • Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
  • Jika demam selsema, bakarkan bawang putih dengan kulit dan campur dgn VCO/Olive Oil dan disapu di tapak kaki dan bahagian dada. Pakai stokin bila tidur.
  • Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
sumber : sihatselalu.com.my 

Dengan bantuan Ibu Ayah, Insha Allah anak-anak akan kembali sihat. Ini berdasarkan pengalaman. Tubuh badan anak memerlukan ujian daya tahan. Jadi kadang-kadang demam akan datang kalau daya tahan tubuh tidak mampu menghadapi jangkitan. Walaubagaimanapun, sekiranya demam anak anda melebihi jangkaan 3 hari dan suhu tinggi melebihi 39 darjah C dan tidak aktif, terus bawa anak anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. 


Lynda Che Lah

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. sian kn baby2 kite...kl demam merengek je...
    np lyn remove komen2?ade sumthing wrong ke?

    ReplyDelete
  4. tu lah ct..anak2 demam susah..semuanya susah..n kesian kat dorang..demam klu panas tu mcm berapi pulak..tido mlm pun merengek sume x kena..

    komen-komen yang diremove tu x membantu..x berkait langsung.. mau jual barang..hahaha

    ReplyDelete
  5. lagi info tentang bayi demam di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Bayi Demam

    ReplyDelete
  6. cuba la nutriferon..berkesan buat kanak-kanak
    http://shakefood4u.blogspot.com/2013/10/anak-selalu-demam-atasinya-dengan.html

    ReplyDelete
  7. bby sy baru warded minggu lps sbb demam panas dan kuman dlm paru2..mmg kesian tgk anak asyik kna ambik darah je

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~