Home Ads

Sy Tak Percaya Dia Sudah Besar ;P

Salam u'olls...

Semalam Qoid dah 1 Tahun 4 Bulan..dan hari ini encik hubby bagi portable hard disk yang berisi semua gambar Qoid drpd lahir hingga hari ini..dan yang paling sy terharu tgk was gambar Qoid sewaktu di dalam perut sy..haha..3D pictures..

Bila tgk gambar-gambar ini, sy tidak percaya betapa cepatnya masa berlalu..dah 1 Tahun 4 bulan sy dan encik hubby hidup bersama dengan permata hati pengarang jantung ini..yang dulunya hanya tau merengek dan tersengih..sekarang suda pandai meminta itu ini dan yang penting panggil Ibu dan Ayah.. Anugerah paling istimewa dlm hidup kami..

Lahirnya Qoid Rafif membawa banyak perubahan besar pada kami.. Sejurus selepas Qoid dilahirkan, sy dimaklumkan bahawa pinjaman perumahan kami diluluskan..balik shj drpd PPUM, sy dibawa ke RHB Seksyen 9, Shah Alam untuk menandatangani perjanjian jual beli tu..Thanx to Kak Rusnita Rusli yang sanggup bawa segala bagai dokumen jumpa sy yang tunggu dlm kereta..Kemudian segala urusan perumahan selesai dengan mudahnya dan rezeki kami x pernah putus..Alhamdulillah..

ukur lilit kepala

tulang paha

tulang belakang

haha..kat sini kami tahu boy or girl..memang xtau sorok sejak 1st time tgk..huhu

aliran darah dalam jantung

tulang kaki

kami tgk wajah Qoid buat kali pertama..berlinang airmata sy..Syukur sempurna semuanya

budak comel

besarnya Rahmat dan KurnianNYA

bertaut dengan tali pusat..
Qoid Rafif hari ini..erm...speechless..
senyum sinis

senyum mcm singa..haha

kami dengan permata hati..anugerah tidak ternilai..

Tiada lain harapan sy dan encik hubby..cuma mahu anak ini membesar dengan sihat sempurna..dilindungi Ilahi sentiasa..dan semoga kami dapat memberi dan menunaikan hak dia sebagai anak..Semoga terus menjadi Pemimpin yang Tinggi dan Mulia serta Terulung sayang.. Ibu dan Ayah sayang Qoid!

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~