Home Ads

Jangan Bersedih Sayang

Assalamualaikum u'olls..

Sekadar mahu berkongsi..

Siapa yang tidak ditimpa masalah kan..semua org ada masalah..Tetapi Allah turunkan ujian dan musibah itu pasti bersebab..Contohnya, duit habis entah kemana mungkin kerana duit itu kurang berkat untuk kita..maksudnya..mungkin sewaktu bekerja..kita curi-curi tulis blog (erm..), main FB, atau mungkin berbual-bual..keluar minum..shopping..sedangkan tempoh 8 jam itu diamanahkan Allah untuk bekerja..Jadi mungkin duit yang habis tanpa dapat dikesan perbelanjaannya itu berpunca drpd kita dan ujian yang datang dr Allah..maka..terimalah seadanya..

Musibah terus datang dan datang lagi..Sabarlah..itu ujian dari DIA..mungkin..ujian itu datang sebagai balasan kerana berkasar dengan encik suami atau puan isteri tempoh hari..atau mungkin..memarahi si kecil tanpa sebab..ataupun kerana kekasaran percakapan terhadap ayahanda atau bonda tercinta tanpa sedar..ataupun mengguris hati teman sepejabat..jadi DIA turunkan musibah kecil dan ujian kecil untuk kita..Jadi..berhentilah merungut dan terimalah segalanya dengan redha..sekurang-kurangnya musibah itu terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan mereka ini :-



Allah Lebih Tahu dalam setiap Hal..kecil atau besar..rumit atau mudah..Hanya DIA yang tahu secekal mana hati hambaNYA utk diduga..Allah tidak menguji hambaNYA dengan sesuatu yang tidak dapat kita tanggung atau hadapi kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Semoga sy juga akan jadi lebih tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian Allah..Semoga sy lebih bersyukur dengan setiap kurniaanNya walaupun sedikit dan semoga sy dpt merubah diri sy menjadi lebih baik..Sama-samalah kita hadapi segalanya dengan ketenangan dan kesabaran..serta jgn berhenti berdoa..xoxo



NolynQoid

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~