Home Ads

Aurat Dalam Islam

Assalamualaikum u'olls..

Hari ni mau share sikit pasal aurat ni sebab kebelakangan ini byk juga teguran di FB berkaitan aurat wanita..Cari punye cari akhirnya jumpa pamplet drpd Jabatan Dakwah JAIS untuk dikongsi bersama..


PENGERTIAN AURAT

* Aurat diambil dr perkataan arab `Aurah' yang bermaksud KEAIBAN.
* Dari istilah feqah, sebahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi dr pandangan.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Firman Allah SWT dlm surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kami tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "ahlul bait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)"

Firman Allah SWT lagi dlm surag Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

ASAS AURAT

Lelaki - menutup antara pusat dan lutut (pd setiap masa dan bersama sesiapapun)

Wanita - Menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka :

*Aurat Ketika Sembahyang - menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

*Ketika Sendirian - Antara pusat dan lutut

*Ketika bersama Mahram - asasnya adalah antara pusat dan lutut tetapi dituntut menutup mana-mana bahagian yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Ini perlu untuk menjaga adab dan tatasusila wanita demi menjaga kehormatan. Pakailah pakaian labuh dan longgar.

*Aurat ketika bersama bukan Mahram - perlulah ditutup keseluruhannya, longgar dan labuh demi m enjaga maruah suami (sekiranya telah berkahwin)

*Aurat di hadapan wanita kafir - menutup keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan

*Aurat ketika bersama suami - Tiada batasan aurat (dalam keadaan tempat terlindung dr pandangan org lain)

PAKAIAN DALAM ISLAM

1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh

3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal,tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayang tubuh.

4. Diperbuat drpd kain yang tidak licin dan terlalu lembut sehingga melekat pada tubuh.

5. Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang.

6. Tidak menyerupai pakaian lelaki

7. Tidak melambangkan kemegahan dan tidak berhias-hias dan ditambah haruman yang semerbak.

8. Tidak juga menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Insya allah..dalam proses dr hari ke sehari menjaga batas aurat dan hijab diri..Semoga sy terus mendapat hidayah Allah sebagaimana yang sepatutnya..xoxo

NolynQoid

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~