Dinner @ Pak Ngah Sup Utara

December 30, 2011
Assalamualaikum u'olls..

Post tentang makan lagi..hihi..Dah lama mengidam makan sup..Dah 2 kali pegi tutup plak..Pak Ngah Sup Utara ni kedai biasa je kat tepi hway LDP menuju Puchong..Kalau tak silap, nama kampung, Kampung Kenangan..Terletak kat Jalan Masjid..Kena masuk ikut Shell tepi LDP tu..Buka Isnin hingga Sabtu dr jam 12.00 tgh hari-12.00 malam..Actually, encik hubby yang jumpa tempat ni..dan sekarang memang tempat feveret kitorang..

Encik Qoid sibuk main Angry Bird
Milo panas, nasi putih, telur dadar dan sup daging
yang spesel was Sambal Kicap..sedapnya takleh digambarkan dengan kata-kata..sedap makan ngan telur dadar..Sampai dua kali order
Sekarang Qoid gemar minum Milo mcm encik hubby..hehe..geng baru encik hubby..Kalau order air mesti dia yang sebut..Milo..

Makan kat sini murah dan sedap..Sanggup tu lepas Maghrib pegi makan malam kat sini..Ada macam-macam jenis sup. Rasanya memang tak sama langsung dengan Ani Sup Utara tu..So, kalau berminat boleh cuba..xoxo

NolynQoid

2 comments:

  1. sudah pindah tak tahu kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..lama tak pegi..nak pegi ada je halangan..rupanya dah xde..

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.