Home Ads

Qoid nak masuk 2 tahun..what the .......?

Assalamualaikum u'olls..

Tajuk jgn disalaherti..No words can describes how fast dan express nye umo Encik Qoid ini..Rasanya baru le sesangat buat birthday party dia..ni next month suda kene buat lagi ;p

Ahad lepas, genap usia 1 tahun 11 bulan..Perangai?? Macam-macam hal..Yang tak tahan, sekarang tido mesti lepas pukul 1 pagi..Aiyark..Ibu n Ayah kadang-kadang terbabas subuh koboi je..Anak bertuah..Ntah apa yang membuatkan dia bertukar bio-clock itu tidaklah diketahui..So, solution : masuk bilik, baring atas katil, dan buat-buat tido (end up dengan tido betul-betul)..bila terjaga lebih kurang pukul 2 3 pagi, tgk anak bertuah ni dah lena..terpaksa lah bersempit-sempit 3 beranak atas katil Queen bilik tu..Kalau hari Sabtu n Ahad, ibu ayah pun terlajak sama sampai pukul 10 pagi..hehe

Lagi satu perangai..Ipad..Ipod atau apa sahaja gadget yang ade..Anak zaman sekarang..Mana main konda kondi..baling selipar..dia main Angry Bird, Fruit Ninja..hehe..advanced..





Tgklah keadaan rumah yang berselerak dengan mainan dan bantal-bantal (including dinosaur)..Kalau kemas, kejap je bersih..Pastu bersepah balik..Kalau amik gambar pun asyik nak tutup muka je..hehe..kegemaran of coz Upin Ipin..sampai ibu decide buat kek Upin Ipin je lah untuk upcoming birthday..

Perangai lain, pandai diamkan diri bila kena marah..Ni yang kiut..sebab bila pujuk balik..buat-buat jual mahal..hehe..sebelum tido juga, baca doa tido dan say Assalamualaikum n Luv u..Ibu n Ayah always luv u..

Takde lain doa Ibu dan Ayah..Semoga menjadi insan yang berguna..beramal soleh dan pemimpin yang mulia..Semoga Allah mudahkan jalan untuk Qoid lalui hidup ni sebagaimana mudahnya jalan yang Allah kurniakan pada kita hari ini..xoxo

*Masih memikirkan hadiah yang sesuai selain mainan..suggestion?

NolynQoid

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~