Masak Laksa Sendiri :)

March 13, 2012
Assalamualaikum u'olls..

Hari tu kepingin sgt mau makan laksa..nak cr yang best mmg tak jumpa lah..yang best sy pernah makan kat Gurney Drive..Memang laksa paling power yang pernah sy makan seumur hidup..sampai lupa org kiri kanan termasuk encik hubby yang merajuk sampai sekarang bila cite pasal laksa tu..hehe..sbb sy tak offer pun dia makan masa tu..
Menarik kan dengan petis ..

So..resepi laksa sy yang dirombak dr resepi-resepi yang jumpa kat tenet :

1. 5 ekor ikan Mabong + 5 ekor ikan kembung (direbus)
2. Bawang besar 2 biji + 2 ulas bawang kecil (diblend)
3. 2 sudu Cili mesin (cili giling)
4. Laksa panjang dan pendek (direbus)
5. Daun salad, cili padi, bawang, timun (dihiris untuk dibuat ulam)
6. 4 keping Asam keping
7. Semangkuk kecil Air asam jawa
8. Daun kesum dan bunga kantan (dihiris)
9. Telur rebus
10. Limau nipis

Cara nak masak : 
Rebus dan blend ikan ni termasuk tulang..Guna air rebusan tadi


Masukkan bawang+cili mesin+air asam jawa+ikan yang diblend+asam keping+bunga kantan+daun kesum+air rebusan ikan+garam+gula = rebus smpi masak..senangkan..
Hiris bahan-bahan ni..boleh tambah ikut suka..


Dah siap..hidang dan jemput makan

Oleh kerana kuantiti yang sy masak tu untuk 5 orang makan..maka petang tu tapaukan untuk Nenek yang mmg suka makan laksa dan antar sikit ke rumah mama..Puas hati masak sendiri tp tak sesedap laksa idaman hati tu..xoxo

NolynQoid

No comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.