Phuket ~ Tak Susah Cari Makanan Halal Yang Sedap Dan Murah Plus Marvelles ~

Assalamualaikum u'olls..

Citer Phuket dah nak abis..Tinggal satu lagi post..Insya Allah akan dihabiskan minggu ni..Eh..Dah check Air Asia promo tak? Tiket murah berbaloi-baloi tapi kena pandai set tarikh..

Masa memula tiba di Phuket, kami sedikit risau sbb hotel menyajikan makanan tidak halal..macam mana nak halalkan..si anjing dok jalan2 dlm dapur..pastu dalam Room Service Menu ada Pork..Terus reject nak bfast kat hotel..Kebetulan..mmg takde breakfast include dalam room rate tu..

Hari pertama tiba tgh malam..so kami dah isi perut siap-siap kat LCCT. Sampai hotel..terus tido..So, 2nd day bfast cuma Maggi Cup ngan Nescafe 3 in 1 bawa dari Malaysia..Dan tambahan bfast dalam ferry on the way ke Phi Phi Island..

Biskut ngan kopi je..
Sampai di Phi Phi, kami disaji dengan makanan Thai dan Barat..Tak sempat snap gambar sbb kami makan semeja dengan 6 orang yang lain..TomYam putih yang simple macam minum air masak..Masa tu mmg tawakal sbb Phi Phi Island majoriti Muslim..

Malam lepas balik Island Hopping, mula risau balik sbb restoren dekat ngan hotel semua tak halal..mana nak pegi ni..terus call reception desk minta dia setkan transport g cari makanan halal..Dengan kadar bayaran 20baht..driver hotel bawa kami makan dekat dengan airport (hotel kami 5 minit je ke airport)..Ada satu restoren halal kat situ..
Terletak seberang jalan Phuket International Airport
Confirm halal sbb Makcik ni pakai tudung dan yang paling buat kami menjerit keriangan (dalam hati) sbb dia kecek Kelate..Lega dapat jumpa orang Melayu Pattani yang cakap Melayu..
Nasi Paprik Yang Tak Kedekut Ayam-cukup rasa-cukup rencah..sedap..
Kami order 2 set nasi Paprik+Telur Dadar+Sirap yang sedap (lain rasanya) dan untuk Qoid, nasi putih dengan sup ayam..Harga adalah 150baht..Murah+Cepat dan sedap..Malam terakhir di Phuket pun kami makan di sini..Makcik dan family adalah amat ramah..Rasa macam kat Kelantan je..beza..makanan adalah sedap..

Balik bilik dan tido kekenyangan..Lega..Rezeki di Bumi Allah yang luas ni ada je kan..



Hari ke3, bangun pagi dan berbekalkan skuter yang disewa kami jalan-jalan sekitar cari breakfast pula..Jumpa satu kedai Islam berdekatan dengan kedai malam sebelum tu..Yakin dan mudah..

Awek Siam buat roti canai Thai style..cekap dan pantas
Teh tarik..tp kat sana panggil apa tak pasti..ini pun awek siam suggest..sedap..teh cukup pekat dan tak manis sgt..
Roti Telur tapi makan ngan susu manis dan gula..sedap juga..
Bfast nasi ayam..pelik sikit..takda sambal..ada kicap je..klu nak pedas..sila gigit dan kunyah cili api itu..
Untuk tengah hari itu, kami makan di sebuah restoren Islam tak silap namanya Saveena Halal Food..Terletak berhadapan dengan Masjid Nurul Islam, Patong Beach (kat Phuket, Masjid dipanggil Masjid..jenuh sy bertekak dengan driver cakap Mosque..patut dia tak paham..bila cakap Masjid..dia angguk dan terus bawa kami ke Masjid)
SomTam Yang Best
Ayam Paprik yang marvelles+TomYam bersantan yang sedap teramat+Udang Goreng Tepung+Ulaman+SomTam
Udang Goreng Tepung..Sos dia sedap..
Yang menariknye sume restoren yang kami makan ni akan beri  kami segelas ais dan sejag air suam untuk dibuat minum. Free of charge..Malaysia ada? Charge 20sen lagi..hehe..Total lunch ni lebih kurang 250baht..Murah dan sedap again..hehe..

So..x susah cr makan di Phuket..Senang citer..cr kawasan yang ada masjid..Insya Allah adalah penempatan Muslim di situ termasuk kedai makan dan restoren..Bumi Allah yang luas ni pasti ada rezekinya sendiri..Yang penting cari dan tawakal..lega kami tak berlapar kat sana..Next post and last post about Phuket menyusul nanti..Pendapat peribadi kami dan keinsafan yang hadir tanpa disedari..xoxo

*Lanjut tentang Phuket klik sini
NolynQoid

5 comments:

  1. kalu g phuket hanya utk mkn bleh x? ahaks ahaks..

    ReplyDelete
  2. Salam,kalau kt krabi ade x makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm..kat krabi pun byk halal..insya allah..ramai muslim..dan penting try cr penempatan Muslim..terutama berdekatan Masjid :)

      Delete
    2. Krabi ada banyak makanan halal, kat gerai2 tepi jalan di luar MacDonald's Ao Nang.

      Delete
  3. Mudah cari makanan di krabi dan phuket banding bali

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.