Kembali ke Pangkuan ;)

August 08, 2012
Assalamualaikum u'olls..
Tgk  wordless wednesday ni mesti ada yang tanya (ada yang tanya ke..ehehe) kenapa ni..Ok..actually, ms kejadian sy tak sempat bercerita pun..cuma sesetengah teman FB tau lah apa yang terjadi..

Malam tu, kami nak makan ngan family kat SPACE U8, Shah Alam..Di Persiaran Sukan tu kan byk trafik light, lepas berhenti dan tarik hand brake (ni habit pemanduan sy dan hubby), kami borak2-borak dan tetiba..mcm datang 1 lembaga hitam yang besar dan boooomm! Hentakan kuat kat belakang kereta..adeh..kena langgar belakang di trafik light adalah satu benda yang tak best..
Ini keadaan kereta yang langgar belakang kami..Poor him sebb dia dok di tengah-tengah..Sebenarnya bukan salah dia pun..salah org belakang yang langgar dia dan ini mungkin akibat drpd tidak menarik hand brake sewaktu berhenti..so..orang langgar belakang dia dan dia langgar belakang kitorang..
Ini pula..penyebab kejadian..ntah apalah pemandu ni pk kan masa tu..kuat juga hentaman yang berlaku..dan..lepas kejadian, kami bawak kereta ke tepi utk mengelakkan kesesakan lalulintas..encik hubby turun dan terus amik gambar 2 kete ni dan terlupa amik gambar kete kami..pastu takde nego bagai..terus kansel plan g makan..kami terus g IPD Shah Alam..buat report..tunggu lama yang amat dan balik umah makan maggi..sedey :'(
Tapi syukur, kami sekeluarga takde apa-apa..Insya Allah, next post sy kongsi sikit pengalaman menguruskan kemalangan yang diajar oleh encik hubby utk panduan dan peringatan bersama..Byk yang kita perlu tahu untuk mengelakkan kerugian dan tertipu..
So..smlm..kete kami dah kembali ke pangkuan..hehe..dlm square merah tu actually yang kena langgar..so insurans tukar semua tu baru..touch up n nampak ok..yang untungnya..absorber bonet tu dah kurang..maka hikmah di sebalik kejadian adalah kami dapat absorber bonet baru..ehehe..dan semuanya..di`claim' pada Insurans orang belakang..x keluar duit pun!
Ok..post ni khas utk ucapkan terima kasih kepada kereta encik hubby yang banyak berjasa kepada sy selama sebulan ni..Kereta ni lah sy bwk g amik KPSL kat Jalan Duta, then KPSL lagi di Bandar Tun Razak, yang bawak sy ke opis hari-hari, yang bawak kami jalan-jalan JB dan PD dan yang best kereta ini juga bawak sy interview di SUK..wlupun kereta tua..tp mantap..eheh..cuma tak tahan minyaklah..selalu rm30 sy boleh bwk kereta g opis seminggu, ni 2 3 hari kene isi lagi..ahaha

Byk pengajaran yang sy dapat dr kejadian ini..Insya Allah akan sy share..mcm2 yang kita tak sangkakan..Terima kasih tak terhingga utk encik hubby yang menguruskan segalanya dr awal kejadian sehingga kereta sy kembali semalam..ahaha..Jasamu dikenang..nanti I belanja mee kari SR ok..xoxo

NolynQoid

6 comments:

  1. yg penting uolss tak de apa2 kecederaan...Alhamdulillah....

    salam, tengs drop by my blog n following mine, dtg sini nak follow balik..

    nice blog!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak wahida..kerdil diri ni..hehe..suka blog akak..makan2 best!

      Delete
  2. saya paling takut kala acciden mcm ni.. lg2 kalau sorang2.. alhamdulillah beom pernah lg jadi mcm ni...

    nsb baik kereta awk dah ok.. blhlah jln raya.. kalau tak dok rumah jerlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya..
      tu sbb kita kene ada ilmu menghadapi kemalangan..Syukur hubby byk ajar..nti nak share ilmu menghadapi kemalangan utk kaum wanita ;)

      Delete
  3. xpela..apa y penting nyawa selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya..tu lah..biarla kete remuk bagai semua..janji sekeluarga selamat :)

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.