Tips Hadapi Kemalangan ~ Seperti Yang Diajar Encik Hubby - Khas untuk Kaum Wanita dan Lelaki Boleh Baca Juga :)

August 14, 2012
Assalamualaikum u'olls..

Seperti yang dijanjikan last post, hr ni sy nak share sedikit tentang tips menghadapi kemalangan...Penting terutama untuk wanita yang memandu sendirian..Panik apabila berdepan dengan kemalangan..Byk yang sy belajar selepas insiden hari tu.. Tambahan pula ni musim raya..ramai nak balik kampung..banyak kenderaan atas jalan..Ok..start ngan tips yang paling penting :
Sila jangan panik..bawa bertenang sbb klu anda panik..fikiran kusut dan anda tidak dapat selesaikan masalah..
Sila juga pastikan anda mempunyai handfone berkamera atau kamera di dalam kereta..
Tips ke3 - sila berhati-hati dengan TONTO..mereka ni akan muncul dgn sekelip mata di tempat kejadian..mcm hari tu..kereta yang berlanggar ada 3 je..tp bila sy keluar dr kereta ada 2 kereta yang tidak terlibat dan 2 org yang agak mencurigakan..dorang ni dok sibuk tanya dah ada bengkel ke belum..hulur kad dan tawarkan khidmat towing..TOLONG JANGAN LAYAN sbb kita ada insurans..kita ada towing insurans..sila hubungi khidmat insurans anda dan minta towing jika kereta anda mmg tak boleh jalan..klu boleh jalan..tak payah towing.

Tips ke4 - ada kamera tadi kan? sila ambil gambar keadaan kereta anda..kereta yang melanggar atau dilanggar oleh anda dan gambar tempat kejadian..utk rekod dan cadangan claim insurans nti..dan ambil gambar NO. PLAT setiap kereta yang terlibat. Bukan apa..dlm keadaan terkejut itu..mustahil kita boleh ingat no plat dengan sendirinya..Bantuan gambar amat membantu..

Tips ke5 - Tak perlu negotiate/berbincang/bertolerate dengan `mangsa' atau `pemangsa'..ehehe..semua perbincangan utk setel di tempat kejadian adalah tidak perlu sbb byk kerugian utk kita..rugi masa..tenaga..rugi juga duit insurans yang kita bayar..silap haribulan boleh bertekak pulak kat situ..dpt yang gangster lagi haru..So..sila terus ke Balai Polis berdekatan utk buat report..

Tips ke6 - Sila siap sedia untuk hubungi wakil/agen insurans anda dan hantarlah kereta anda ke bengkel yang berdaftar..klu bawa proton..silalah ke PROTON..Perodua ke Perodua dan lain-lain..Sbb hanya bengkel ni menukar parts yang rosak dengan parts yang baru dan original..Elakkan daripada tertipu.

Tips ke7 - Apabila dilanggar drpd belakang, sila claims insurans orang yang melanggar..Boleh ke JPJ untuk dapatkan nama insurans orang terbabit dan buat cover letter menuntut loss of use (min 15 hari) dan lain-lain gantirugi..Hari tu hubby claim loss of use, caj tambahan di bengkel (10%), caj bayaran repot polis yang kita buat tu dan caj bayaran JPJ (jika ada)..

Tips ke8 - Sila tunggu dengan sabar utk dapat kereta dan claim anda semula..Sbb proses ni agak lama juga. Untuk dpt kereta dalam masa 3 minggu while claim insurans tu makan masa 1-3 bulan (bergantung Pada insurans)

Sedikit perkongsian..terutama untuk wanita-wanita yang memandu di luar sana..Biarlah NCD abis sbb buat apa keluar duit sendiri padahal ada insurans yang cover kita..Next year nak renew roadtax..kena bayar insurans lagi kan..xpe..Janji semuanya memudahkan dan tak menyesakkan kepala..Sebarang perkongsian dialu-alukan..xoxo

*Hati-hati di Jalan Raya tak kira masa..tp malang tak berbau*

NolynQoid

16 comments:

  1. tq kongsikan info ni .. sgt² membantu ... setuju sgt amik gambar masa kereta kemalangan kan.. walau panik camne pun tkt lupe no flat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya,
      most welcome :)
      tgh serabut takut lupa kan..

      Delete
  2. Replies
    1. kak sya,
      sharing is caring :)
      hati2 balik kampung..ehehe

      Delete
  3. tips yg bagus nie, tq 4 sharing

    ReplyDelete
  4. tips dan info yang berguna..
    langkah2 yang perlu kite ambil perhatian...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..
      semoga bermanfaat bila kita tak jangka apa yang terjadi :)

      Delete
  5. kadang2 bila panik tu memang tak de satu pun kita dapat pikir.
    tapi terima kasih bagi tips ni, mana tau lepas ni boleh praktikkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..bila panik dan kebingungan..camne nak ingat byk benda kan :)

      Delete
  6. Salam kak. Nk tnye sket. Saye ade claim loss of use. Sy claim ntuk 2 bulan. Tp bile insurance Lori yg langgar kereta sy just akn bg ntuk 25 hari. Boleh x saye mntk tmbh hari lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm.claim loss of use biasanya minimum 15 hari. xleh apply sbb bergantung kepada cc kereta anda..mmg law insurans begitu. dpt utk 25 hari dah kira banyak..

      Delete
    2. Kereta sy kt dlm bengkel lebih dari dua bulan. Sb tu saye rse x berbaloi 25 hari. Patah kaki jgak la xde transport. Huhu.

      Delete
    3. itu perlunya kita follow up juga dalam masa 14 hari dgn polis dan pastikan kita force bengkel suh buat kereta cepat. mmg itu policy insurance. kerugian lain mmg terpaksa kita tanggung tapi takdelah byk mana jika dibandingkan kita repair sendiri tanpa claim insurance :)

      Delete
  7. salam sis..boleh terangkan lebih detail pasal LOU? document yang perlu? Xcident org langgar belakang. bile perlu claim? selepas kereta siap ke? nak isi borang claim kat mana? kalu kereta suzuki kena hantar kat suzuki ke? or kalu kite hantar bengkel yang berkelayakan pun boleh? claim LOU still boleh buat x?

    ReplyDelete
  8. boleh terang lebih detail document yang perlu x? cara lebih detail utk claim Loss of Use? kes org langgar belakang..Nabilah 019-3242866.. pengalaman pertama nak claim.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.