Home Ads

Bila Qoid Sakit Part 2 ~ Virus Merebak :(

Assalamualaikum u'olls..

21 September 2012
Sambungan post yang ini.. malam tu pukul 11.30 malam kami bergegas ke Unit Kecemasan Pediatrik PPUM.. Hati sy dah berbelah bahagi..Nak bawak ke taknak sebab dok memikirkan kesian Qoid akan dicucuk sana sini untuk ambil darah dan masuk air if ada yang tak kena.. Tp encik hubby tanya..sanggup ke tengok dia terus muntah dan cirit birit sampai lembik atau tgk dia kena cucuk masuk air..You pilih..dengan kuatkan semangat tu sy berkemas kain baju sy dan Qoid in case kami kena warded..Perjalanan ke PPUM memang mencabar sebab jammed sepanjang Federal Highway sebab tengah malam tu dorang buat jalan..
Masa ni Qoid dah tahu thats something fishy..Dia tau tu hospital dan akan berlaku sesuatu pada dia..Dia dok diam dan monyok..Then cakap..Ibu..Jom balik..Ye..sy sedih dan sebak tapi untuk kebaikan dia..sy kena pekakkan telinga dan kuatkan hati :)
Dah daftar semua..jumpa doktor..Explain kat doktor semua simptom yang berlaku past few days dan Doktor suggest ambil darah..Mau tgk sejauh mana kekeringan yang berlaku dalam badan Qoid sebab asyik muntah dan cirit birit..Masuk ke bilik ni..Mcm operation rooms..Doktor inform..dia akan balut Qoid dlm blanket tu dengan sebelah tangan terkeluar untuk cucuk jarum amik darah dan masuk drip..Seriously..sy yang dengar seriau..apatah lagi hubby dan Qoid yang nak lalui semua tu..Letakkan Qoid atas blanket dan pujuk dia untuk baring..Tetiba nurse cakap..Puan ngan Encik tunggu luar ye..Owh..Ok..Sy terpaksa tinggalkan Qoid di tangan orang lain untuk urusan itu..Berat kaki melangkah bila tgk Qoid melambai sambil panggil Ibu..Ibu..Ye..jantung sy luruh waktu ni..

Sampai kat luar bilik..Sy dgr Qoid menangis dan menjerit memanggil sy..Dan sepantas kilat juga air mata sy luruh tak henti..Encik Hubby cuba buat sy bertenang dengan mengatakan..sekurang-kurangnya dugaan kita ni tak sebesar orang lain..Ada parents yang dpt anak bermasalah lebih teruk dr kita..Tapi dorang tabah..So..pls stop crying coz we try to do somethings good for him..Ye..dan air mata sy berhenti :)
Sy peluk dia dan tenangkan dia..Yes..he is strong enough to facing that..hehe..Ngade je lebih..
 
Sambil tunggu result darah..Doktor suggest masuk air satu botol..Jam dah pukul 1 pagi..Ngantuk takde..apapun takde..padahal tak dinner lagi..Yang penting harap result darah nanti clear..Lepas masuk air..Qoid tertidur.mayb penat atau masuk air tu menenangkan dia..Encik hubby keluar g beli kudap-kudapan..Kami berpiknik kat situ..Lebih kurang pukul 3.30 pagi, Doktor datang dan inform that, darah is normal..no dengue..no virus dan Qoid is Ok..Alhamdulillah..Doktor benarkan balik dan kami dengan senang hati amik ubat..Tak ubat apapun..cuma air garam dan ubat demam..

Tapi on the way balik..Adik call dan inform Arianna pulak muntah2 dan cirit birit..Dorang on da way to KPJ..Susah hati lagi..Then around 4.30 tu Adik inform..KPJ suh dtg esok hari untuk blood test..Ok..harap takde apa..

22 September 2012
Kami suami isteri ambil Emergency Leave hari tu..Ye lah..sampai umah kol 4.30 pagi dan nak tgk Qoid recover..Lagipun..Mama tetiba demam dan cirit birit on the last day kami kat umah dia..Mama perlukan rehat Jumaat tu sbb memang Mama tak larat langsung nak bangun..Then..adik pulak call and inform..Arianna kena admit kat KPJ sebab dalam darah ada virus..KPJ inform..virus dari Qoid dah tersebar dr najis dan muntah dia..That's why Mama dan Arianna ada same simptom ngan Qoid..Kami redha..Ujian Allah..
Arianna..kena masuk air dan antibiotik tetapi dia ceria dan mau makan..lega..
22 September 2012
Kami dok terperap 1 hari kat umah sebab nak Qoid fully recover..Alhamdulillah..Muntah dan cirit birit dah takde..dia pun mau makan..wlupun tak byk..encik hubby pun teruskan urusan dia macam buat servis motor dll..Tapi malam itu lepas Maghrib..tetiba encik hubby cirit birit dan muntah2 pulak..then terus demam..langsung tak boleh makan..terbaring je sbb badan lemah..lebihan air garam Qoid yang berpaket-paket tu Encik hubby yang minum sebab tu je yang boleh masuk..Again..

Then, Mama call dan bagitau Poksu Ayeed (adik bongsu sy) pun ada same simptoms..Dia muntah dan cirit birit serta demam..Ok..Dalam seminggu..tak berhenti..lepas sorang..sorang lagi..Tapi..bila penyakit itu dtg..tiada siapa dapat menolak..Ok..takpe..kami semua redha dengan ketentuan Ilahi..memang virus infection yang jadi pada Qoid tu kuat sgt smpi boleh bertahan dalam udara untuk tempoh seminggu..Tapi syukur..semua dah sihat kembali..Ini first time sekeluarga diserang infection terus menerus..Yang kebal dr infection tu..Sy..Ayah..PakLang dan Pakchik...dah abis kot virus tu sebar kat dorang..

Apapun..seminggu yang memenatkan dan menginsafkan..penat sebab tak cukup tidur..penat sebab hati susah dan resah..Insaf betapa Allah itu Maha Besar dan Hebat mengatur perjalanan hidup kita..Semoga dosa-dosa kami diampunkan dengan ujian ini..Amin..xoxo

NolynQoid

4 comments:

  1. sayu tgk qoid mcm tue, tp pe2 pun alhamdulillah seme kembali pulih..semoga tabah dgn ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Tq Azie..Mommy-to-be pun kena kuat k ;)

      Delete
  2. sama cam bb saya jugak, demam dan cirit birit, tapi Alhamdulillah beransur pulih setelah dirawat di HKL cuma tak warded lah...masa amik sample darah air mata pun bergenang jugak, sbb dia duk jerit mama..mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Norrie..musim kot..sbb kat PPUM tu ada 2 3 baby kena yg sama..
      Masa dgr Qoid menangis tu bukan bergenang dah..melimpah ruah ;p
      Hati tisu..huhu

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~