Trip Perak - Felda Hotsprings Sungkai

November 27, 2012
Assalamualaikum u'olls..

Post tertunggak sempena cuti-cuti Malaysia Awal Muharram yang lalu..kami pakat2 amik cuti g jalan2..Encik Ayah yang cadangkan kami bercuti sama-sama bulan November..Mcm tradisi..hihi..kebetulan encik hubby cuti semester..Tapi kali ni Paklang Azwan n Pakchik Esyam tak ikut kerana kekangan tugas..
Kami bertolak dari Klang lebih kurang jam 9 pagi..Perjalanan ke Sungkai mengambil masa lebih kurang 2 jam..Ma dan adik amik exit Sungkai while sy amik exit Slim River sebab nak usha homestay di Trolak..Sampai kat Hotspring..Of coz activiti first adalah makan..Mama buat Nasi Lemak..Sy buat Spageti dan adik buat Sandwich..
 Tiket masuk untuk dewasa RM12 while kanak-kanak RM10. Qoid pun kena bayar..tp selagi tag ni ada kat tangan..ikut sukalah nak keluar masuk berapa kalipun hari tu..
Kolam air sejuk..penuh orang..tapi memang sejuk sebab mungkin air sungai yang dialirkan masuk situ kot..
Celup2 kaki dalam air dengan kepanasan 40 darjah Celcius..Arianna gigih juga dan selamba teman Papa dan Paklong..Si Qoid buat-buat sibuk..Kami tak try pun buat telur rebus tu..Bukan apa..sebelah kolam telur rebus tu orang dok celup kaki gak..ngan kudis bagai semua..air celupan tu mengalir ke kolam rebusan..Seram sejuk pulak tengok..huhu
Aktiviti mengemas dan melipat khemah tengah hari itu memerlukan 4 tenaga lelaki sejati..tp mungkin aktiviti lipat melipat ni memang keje orang perempuan..maka lipatan disudahkan oleh sy dan mama dalam tempoh tak sampai 3 minit ;p
On da way to Trolak..bersusun gerai jual durian..Encik Ayah memang plan nak makan durian..Beli 2 biji je sebab ayah kata dekat sgt klu nak beli lagi..
Ma di depan homestay Trolak yang kami sewa RM270 semalam..3 bilik tidur..2 bilik air dan dapur serta 2 ruang tamu besar..
Ma dan ayah layan durian kampung RM6 sebiji..Orang lain yang layan was sy, hubby , Ayeed dan Yana..Makngah dan Pakngah langsung tak jenguk..hehe..Qoid apatah lagi..
Ruang dalam homestay..
Malam tu susah cr makan kat Sungkai..Kami drive 2 kereta ke Slim River..dan makan Siakap 3 Rasa yang best depan Balai Bomba Slim River..Tak amik gambar pun sebab semua kelaparan..Trip Sungkai best tapi pendek..Tunggu next year pulak arrange trip..xoxo

*Ada citer lagi pasal Perak..next post!

NolynQoid

8 comments:

  1. tahu x, masa awal kahwin dulu booking resort dlm nie utk short holiday..terpikat dgn kecantikan tue..sekali boss hubby xapprove cuti..sia2 je byr rm90 duit booking huhuhuhu x dpt pegi, smpai skrg kempunan nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..sedihnya..nti pas baby dah besar sikit..Azie blh pegi..tenang je..sesuai bagi baby tgk kehijauan alam..takpe..kene repeat trip itu k

      Delete
  2. Lama dah tak pegi sini. Last pegi mase dia baru2 bukak dululah pastu tak berani nak pegi lagi sebab lepas tu dok dengar ramai yang mati lemas kat situ. Dulu kat air terjun tu ade sotong besar dan ramai yang tenggelam dalam sotong tu (sebab kat situ dalam tapi takde sign tempat tu dalam) Resort dia pun banyak dengar cite angker pasalnya maka saya yang penakut ni tak pernah terpikir la nak gi stay kat sana hehe...
    My latest Entry :)
    JJCM: Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulp!hehe...tak pernah dengar pulak..tp kami tak stay situ..lagipun nun jauh dlm hutan kan deeb..

      Delete
  3. insyaallah kami pun nak pg jugak hihihihihi.....

    ReplyDelete
  4. Akak, eka duk slim. akak makan kat depan balai bomba? yg mana ea. ehehehe.

    Ke depan balai polis? yg kat tepi2 jalan tu ea?

    Eka, walaupun Sg Klah ni dekat, penah pegi sekali je.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..makan siakap depan balai bomba kalau tak silap..deret kedai byk2..tak perasan pulak balai polis..lain kali g Sungkai..singgah umah Eka makan durian+udang galah..hehe

      Delete
  5. Saya duk area tu je tp x dgr pulk citer org mati lemas kat situ.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.