Trip Perak - Road to Tambun Yang `Adventerous' :P

November 29, 2012
Assalamualaikum u'olls..

Lepas bermalam semalam di Trolak, ma decide ke Ipoh..Saje nak tgk Ipoh..tp takde apa kat Ipoh..Kami brunch di satu kedai biasa je makan nasi ayam tapi tak best..Ipoh bz mcm Klang..mcm KL..tp mungkin ada tempat menarik yang boleh diterokai..hasil Google byk gak tempat makan kat Ipoh tapi taktau jalan..

Tgh hari tu, ma, ayah dan adik decide terus balik Klang..While encik hubby decide ke Lost World of Tambun..Alang2 datang Perak kan..Tp ada cerita di sebalik perjalanan ke Lost World of Tambun tu.. Actually Paksu Ayeed ikut sekali..

Dari Ipoh ke Tambun sepatutnya amik masa 15 minit..tp sebab salah baca signboard dan salah amik lane jadi berjam..dah jumpa..Encik hubby decide g solat Jumaat dulu..lagipun panas terik kat Ipoh ni..terjumpalah pakcik sorang ni bawa kami pegi Masjid kat Batu 4, Tambun. Sy dan Qoid tidur kejap dlm kereta..While tunggu solat Jumaat selesai..godek2 Booking.com tgk harga Lost World Hotel..RM198 semalam..Ok..taknak booking sebab mungkin walk in blh dpt lagi murah..Lepas solat Jumaat kami ke Lost World of Tambun..

Sampai depan lobi Lost World Hotel..tetiba enjin Viva mati..Langsung tak blh hidup..Encik hubby suh sy tanya dulu harga bilik while dia tgk apa yang patut..Harga bilik walk in jadi RM300..huhu..xpe..kansel..let me booking ikut tenet je lah jawapnya..byk lagi hotel lain kat Ipoh..Rupanya bateri Viva kong..Menolaklah Encik Hubby dengan Paksu Ayeed dibantu seorang guard kat situ..Terus tak jadi g Lost World sbb nak cr bateri..Kebetulan rezeki, Giant Ipoh dok sebelah tu je..so..g beli bateri dan makan Pizza dulu..
Selesai penat lelah semua..kami terus ke Lost World of Tambun..Harga tiket RM45. Qoid tak kena..puas main gelungsur dan yang penting Qoid happy..
 
 
 
Takde gambar mandi manda sebab kami sumbat semua beg dalam locker..byr locker RM10..sekali pakai je..huhu..Selesai mandi..terus drive ke Impiana Ipoh..Booking thru tenet dengan harga RM263 plus extra bed..Berbaloi..
 
Tak sempat mandi..amik gambar pun jadilah..
Tutup vacation tahun ini..Tunggu next year pula..Itupun bergantung kepada jadual encik hubby..Yang happynya si Qoid..Bukan main lagi dia kat Tambun tu..Ibu naik gelungsur siap pelampung dia menangis nak ikut..hehe..yang penting dia happy..Insya Allah ada rezeki boleh pegi lagi..xoxo

*Nak share pasal makan best kat Ipoh..Next postlah ye..

NolynQoid

7 comments:

  1. memang seronokkan ketambun.. walaupun mahal sikit tp berbaloi hihihihi ....

    ReplyDelete
  2. seronok kan..berbaloi2..tempat kecik sikit banding ngan sunway lagoon..tapi tak penat jalan :)

    ReplyDelete
  3. bestnya!! x pernah sampai ke sane lg. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue kena pergi..seronok bwk anak mandi manda :)

      Delete
  4. kalau ipoh kena singgah makan nasi ayam dia...
    LWOTtu kalau pergi kena rancang elok2.. baru puas main ...
    berbaloi2 ngan tiket dia..
    sekali lagi gi ipoh giler Gunung Lang.. cantik view dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zila, trip Ipoh x dirancang..insya allah next trip rancang bebetul n cr mknn sedap :)

      Delete
  5. I love your blog.. very nice colors & theme.
    Did you design this website yourself or did you hire someone to do
    it for you? Plz respond as I'm looking to design my own blog and would like to find out where u got this from. many thanks

    my web page: no credit check loans arlington tx
    Feel free to visit my web blog ... debt consolidation loans quebec

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.