Khabar Semalam ~ Khabar Utk Kakitangan Awam Malaysia

March 12, 2013
Pengumuman TERBARU oleh Perdana Menteri untuk Kakitangan Awam.

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52; (tidak berkaitan)

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian; (diharap mereka diserap terus ke perkhidmatan tetap)

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini; (Tahniah utk mereka)

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak; (Ini berita gembira sbb peluang naik pangkat agak lambat)

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi; (PTK dah takde jadi masa depan dalam kerajaan akan terjamin sebab dapat naik pangkat dengan cara lain)

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013; (seorang senior di ofis dapatlah ni..makan besarlah kitorg tahun depan :p )

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion (Syukur Alhamdulillah..utk saya naik lebih kurang RM95 agaknya..Cukuplah utk kenaikan setahun sekali)

Sumber :Rindok.com

Tak banyak sebenarnya gaji kakitangan awam ni..kdg2 rasa marah juga dengan sesetengah pendapat yang kata kami suka minta macam2..tapi kalau anda yang mengata tu berada di tempat kami..mungkin anda akan faham..Kemudahan memang macam2..tp keadaan ekonomi hari ni agak menyukarkan juga..tp masih bersyukur sebb masih mampu menampung kehidupan..xoxo

NolynQoid 

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.