Pengalaman di PRU 13

May 08, 2013
 
Dah selesai PRU13..tp sakit-sakit badan dan kemengantukan tak hilang lagi..Ye..sy salah seorang petugas SPR yang jujur dan ikhlas..hehe..Hari Sabtu 4 Mei tu dah standby untuk ke tempat bertugas..Pagi tinggalkan Qoid dan menjalankan tugas.. Hari Ahad 5 Mei bangun seawal pukul 5.30 pagi (sejarah bangun awal di hari Ahad termasuk encik hubby) sebab kena berada di tempat bertugas sebelum jam 7 pagi..Awal-awal lagi sy ditugaskan mencalit dakwat kekal (yang tidak kekal sebenarnya) tp semuanya bergantung kepada keadaan di hari mengundi.
Keadaan bilik mengundi
Dakwat Kekal
 
 
Ni breakfast+lunch+tea time..Ye..makan tak sempat sebab pengundi tiba dengan ramainya jam 9 pagi dan tak berhenti hingga pukul 3 petang..time ni sy buat 2 kerja sekaligus iaitu penyemak nama dan pencalit..tak henti..untuk 528 pengundi yang hadir..Duduk kat kerusi smpi naik kematu punggung dan pinggang masih sakit sehingga ke hari ni..Selesai tugas yang dua ni jam 5 petang..tutup pintu dan mula kira undi pula..time kira undi pulak berdiri sambil mengira 528 tiket undi..kali ni rasa nak tercabut kaki..semua selesai jam 8.30 mlm..Alhamdulillah semuanya lancar kecuali ada rusuhan kat luar pagar..tp FRU dan PDRM menjalankan tugas dengan jayanya menghalang rusuhan drpd memasuki pusat mengundi...
Ni bukti Encik Hubby mengundi sbb calitan dakwat kat jari dia dah hilang :)
Pengalaman yang menarik..Dah tau juga siapa yang menang..sy terima dengan senyuman..Tp keletihan melampau smpi hari ni..kena fit balik badan..kesiankan Qoid..mainlah sorang2 sbb ibu asal letak kepala kat bantal je..hilang terus dibuai tidur tanpa mimpi..Ada byk citer nak share..OTW..xoxo

NolynQoid





2 comments:

  1. bestnya ada pengalaman jadi petugas SPR. hehehe
    saya pulak time mengundi, xde sorg pun petugas yg prihatin kt saya yg tgh memboyot ni.
    xde bantuan pun dari mereka utk bawa terus ke saluran khas utk mengundi.
    ikutkan x perlu pun tunggu lama, tapi saya beratur hampir 2 jam utk mengundi. sedihnya.. :(

    ReplyDelete
  2. Ala...siannya Sue..tak patut dorg buat gitu..sbb ibu mengandung should dpt keutamaan mengundi hari tu..nmpknya penunjuk arah tak prihatin langsung

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.