Hari Kidal Sedunia 2013

 
Ya..hari ni diiktiraf Hari Kidal Sedunia..ala..mcm Hari Wanita..Hari Pekerja tu..kenapa hari ni mcm special sikit? sbb Qoid Rafif kidal..Ya..dia seorang insan kidal..Perkara ni disedari sejak umur  setahun..actually kami train dia juga utk guna tangan kanan dan dia gunakan tangan kanan untuk makan dan bersalaman..selain itu..semua tangan kiri..Disebabkan dah biasa makan tangan kanan..bila pakai sudu dia masih pakai tangan kanan tp kekok dan abis tumpah nasi ke..mee ke..so..bila makan guna sudu kami benarkan dia pakai tangan kiri..

Menurut kajian..hanya 15 % penduduk dunia dilahirkan kidal..Akan ada kesukaran untuk Qoid terutama dalam penggunaan barang-barang sbb barang yang ada direka utk individu bertangan kanan..contoh..gunting..pisau..pengasah pensel (sharpener)..pembaris etc..Mungkin juga kepayahan ini akan dihadapi di sekolah bilamana cikgu yang mengajar tidak memahami cara mengajar anak kidal..Yes..satu kesulitan tapi Insya Allah..semuanya boleh dilakukan..

Mungkin kebaikannya Qoid akan pandai baca Quran sbb Quran ditulis dari kanan ke kiri..dia seorang yang kreatif..minat seni (boleh jadi arkitek..angan-angan Ibu :P ) dan ni yang obvious nampak..amat handal dalam permainan video..ye..amat handal..doklah mengadap Ipad tak henti..

Kebetulan nama Qoid Rafif bermaksud Pemimpin Yang Tinggi dan Mulia..orang kidal dikatakan hebat dalam kepimpinan..contoh pemimpin kidal adalah Presiden US si Obama tu..dan Bill Clinton..Kajian menunjukkan juga insan kidal cenderung mendesak (ada)..mampu menguasai orang (ada)..bijak memanipulasi keadaan (ada) dan lebih besar egonya..

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya sendiri..Pemerhatian kami..Qoid minat pembinaan..contoh mainan Lego..Uno dan building item..sgt suka..Dia kuat memori dari segi mengingat jalan (route)..tempat dan suasana dan especially peristiwa..Mcm hari tu pegi tgk rumah baru..ayah terpijak lecak..pun dia boleh ingat..It is actually visual memory..Maknanya kami perlu melatih dan mengajar dia mengunakan Q card..flashing card..colouring item..Dan sejak umur 2 tahun Qoid dah kenal warna..ABC belum lagi..but what do you expect from 3 years old son kan? Go slow and steady je lah..
Anak bertuah..buat-buat tido amik gambar malam td..Khamis ni genap 3 tahun setengah..Semoga jadi anak soleh..dipermudahkan segalanya..Selamat Hari Kidal..Pagi tadi bangun awal..so dapat Ibu Ayah wish..hehe..

Entry raya belum ada..Insya Allah menyusul..xoxo

NolynQoid

4 comments:

  1. As salam, ada ye Hari Kidal Sedunia.... baru akak tahu. Anak akak yg 1st pun kidal. Bila baca entry ni, memang banyak persamaannya. Memori anak akak mmg kuat, esp. hafazan, tmpt2 yg pernah pergi/lalu/jalan. Suka mencuba tak kira apa, semua dia nak cuba. Tp bab minat seni tu stkt ni tak ada lg.

    Bg akak org yg tangan kiri ni kelebihan dia byk. Qoid ni mesti bijak nanti......Ketahuilah setiap ciptaan Allah ada kelebihannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak shima..lynda pun br lah tau ada hari ni sbb si Qoid kidal..boleh share-share pengalaman anak kidal kan..Insya Allah..Suka statement last tu..Ciptaan Allah Maha Hebat

      Delete
  2. me too..sy pn kidal gak..tp alhamdulillah xsemua bnda sy kidal..bab makan,or pgg brg2,bole tgn kanan..even main badminton pn,pgg raket tgn knn..xreti pgg tgn kiri..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah fida..ajar juga Qoid utk gunakan tgn kanan..multitask gak tu..dua-dua tgn boleh pakai :p

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.