Syawal 2013

August 30, 2013
Assalamualaikum u'olls..

Hari ni 23 Syawal..Baru nak up cerita 1 Syawal..Telan je lah ye..Lgpun pembaca tegar (family) dah bising bila nak up citer raya..Al maklum..I je lah harapan dorg utk kenangan-kenangan pahit manis ini ;p

Syawal kali ni giliran sy di Kampung Kuantan, Klang..Tahun ni memecah tradisi dengan makan makanan raya di petang raya..sebab permintaan ramai nak makan nasi tomato lauk pauk bagai di pagi raya..So..Mama ikutkan kehendak kitorg anyam ketupat tgh hari tu and masak rendang ayam utk buka puasa last day..
Ni..petang raya..semua dah ada..
Lauk petang raya..mmg berbuka puasa paling sedap dan best! ahaha
Malam raya..aktiviti lepas ronda bazar raya kat Klang..beli mercun RM15..tahan memancar tak sampai 1 minit..bakar duit malam2 raya
Kami tahun ni warna oren..asal oren sudah..
Ye..pagi raya yang ha`ppening' dengan encik Qoid..jadilah.. dr xde gambar raya tahun ni..Kalau tgk mmg semua org sibuk suh dia posing dan pandang kamera..
Mama as usual..cerekarama di pagi raya..
Ngan Paklang dorang takyah minta maaf..PakLang sporting :P
  
Raya ke2 kami beraya di Kesang Jaya, Melaka..Menumpang kasih di rumah FIL adik..Seronoklah utk org takde kampung mcm sy dan hubby..Pagi raya lepas beraya rumah mama..nenek semua..terus shot g umah MIL beraya ngan MIL..then raya ke2 ni kami ke Melaka..Merasalah tempoh jammed bagai..hehe..
Baru teringat kami takde gambar raya bertiga..jadilah..bertiga gak tu..haish....
Yang paling seronok raya ni..Ini dua org budak..Memang raya utk anak-anak je sekarang..
Ok..selesai entry raya..tak byk cerita..ziarah menziarah tu biasalah kan..disebabkan semua free Sabtu dan Ahad saje memandangkan hari lain bekerja..Sepanjang Sabtu Ahad 2 minggu ni tak abis lagi beraya..Tiada lagi hutang entry raya ye..Hutang entry makan-makan banyak..tgk masa yang sesuai..mood kdg2 tak sampai..xoxo

NolynQoid

4 comments:

  1. sis,rara dh lama x mkn ketupat cm tu.huaaaa susah nk dpt skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rara..belajar anyam..kat pasar biasa ada jual daun ketupat tu..huhu

      Delete
  2. gambo bertiga tu paling kelakar. ahahaha

    tapi tetap comel kak.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.