Qoid Rafif dan Adab

Assalamualaikum..

Actually nak share sikit pasal Qoid Rafif dan pelajaran adab sehari-hari..Ni just sharing cerita dan antara cara kami didik Qoid. Mungkin boleh dikongsi dengan bakal parents..Kongsi perkara baik kan.. Kami mula train Qoid lebih dalam keadaan santai..takde protokol. Kami train dalam bentuk percakapan dan perbuatan sejak usia setahun sbb dah pandai dan faham cakap.

Adab Makan :  Biasalah sebelum makan baca doa makan..kdg-kdg ibu ayah kelaparan just baca Bismillah..dia yang tolong ingatkan..`Eh..doalah..' hehe..stop makan dan baca doa..

Adab Minum : Qoid Rafif kalau minum anykind of liquid samada dalam cawan atau botol..mesti cari tempat untuk duduk..kdg-kdg cukup dengan bertenggek dekat sebelah meja..Kami amalkan ajar dia nak minum kena duduk..Sunnah kan..Tok Ayah pun perasan..Qoid kalau minum mesti duduk..

Adab Tidur : Sebelum tidur mesti pegi tandas utk buang air kecil dan basuh kaki..Basuh tangan dan kumur-kumur..Baca doa tidur dan cakap perkara baik sebelum tidur (selamat malam dan beri salam). Kalau kadang-kadang Ibu dah hanyut..dia akan kejut ibu ingatkan suh bc doa tidur dan say goodnite..

Adab Masuk Rumah : Bagi salam dan kita orang Melayu memang buka kasut..Kalau dia tengok citer omputih tu..dia akan cakap..`tengok tu Ibu..dia tak buka kasut..kotor'..hehe..kalau pegi hotel dia siap-siap buka kasut kat luar pintu hotel..hehe..

Adab makan kudapan : Ok..ini special..makan kudapan ni contohnya masa duduk depan TV..leisure time..makan buah-buah ke..makan keropok ke..coklat ke..namapun leisure kan..so..kdg-kdg Ibu ayah sambil mengunyah sambil baring..ataupun makan sambil berjalan..Qoid akan tegur..`eh ayah..makan duduklah..'....ahaha...ye...tamparan hebat di muka..Encik hubby kata..kita ajar dia adab tapi kita kurang adab :p

Adab jumpa orang tua : Ni especially balik umah Onny dan umah MIL..nak balik mesti salam cium tangan dan bagi salam..

Adab berterima kasih : Qoid Rafif bila dapat sesuatu (diberikan susu..diberikan makanan..dihadiahkan mainan) akan cakap terima kasih..sbb kami amalkan kalau dia bantu kami..ambilkan barang..bagi barang..kami akan ucap terima kasih dan dia lakukan perkara sama dengan semua orang..

Adab meminjam barang : Kalau Qoid ambil barang orang dia akan ingat itu barang orang..kalau amik tanpa izin, kami akan tanya..tu siapa punya..secara langsung dia akan pulangkan balik sbb dia tau dia takde hak ke atas barang itu..jumpa pemilik dan minta izin..dah clear baru kami bagi dia main..Adab ni dia praktik..syukur..

Adab minta maaf : Dia tau kalau sesuatu yang salah, dia akan minta maaf..misalnya terpukul Ibu secara x sengaja..dia akan datang peluk Ibu dan say `cori' (sorry)..hehe..ngan ayah pun gitu..tercakap kasar sikit pun minta maaf..
Ini antara yang ingat..tak pasti ada lagi tak adab yang tertinggal..kalau ingat nanti update balik..Insya Allah soal adab ni akan Qoid Rafif bawa sampai hujung nyawa dia..dan diperturunkan kepada anak-anak dia..hehe..Kami cuba buat yang terbaik..Jom jadi parents yang lebih baik..xoxo

NolynQoid

2 comments:

  1. Hehehehe nanti ada baby, kene bukak balik lah blog2 ibu2. hehehehe

    bagus Qoid ni. Tengok pun nampak sopan je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kena jg adab eka..harap eloklah kan...

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.