Kelmarin..Semalam..Dan Hari Ini...

February 20, 2014
Assalamualaikum..

Macam-macam yang jadi 2, 3 hari ni..Semalam sy cuti..final check up di PPUM sebelum warded on 28 Februari ni..Plan asal mama teman sy ke PPUM tapi Qoid Rafif tetiba demam kuat Subuh semalam..so..bertabah drive sendiri ke PPUM..Keluar awal pagi jam 6.45pagi macam tu tapi sangkut dalam jammed macam biasa kat Subang selama setengah jam..Tapi nasib baik giliran di PPUM tak lama..Daftar pukul 8.30 pagi..dalam pukul 10.30 pagi dah setel..Minggu ni last keje..jadi byk nak disetelkan..Dengan scheduled meeting yang dah set cantik tunggang langgang disebabkan kerenah birokrasi..letih melayan...

Toki di Besut masuk hospital balik..Mama Ayah akan bertolak ke Besut Subuh esok..Encik Hubby currently kursus di Sepang sejak hari Selasa..tu sebab dia takde all this while..takpe..bertabah..senyum selagi mampu..Redha je sebab nama pun makan gaji..Saya Yang Menurut Perintah kan..Jangan nanti sampai masa..perintah ke mana..hati yang panas diturutkan..hehe..

Kelmarin dikejutkan dengan perkongsian status seorang pelajar di FB yang share perginya bekas pensyarah kami di kolej 10 tahun dulu..Pensyarah Akaun dan Taxation Almarhumah Aizam Abdul Aziz..Sy share kan status tersebut di FB kelmarin dan tag teman-teman lama..
Status ni mendapat byk komen..tp tetiba..ada komen-komen masuk yang mengatakan almarhumah masih ada dan bergantung pada life supported machine..macam-macam spekulasi di buat dengan status ini dan mcm kelam kelibut pun ada..Ye lah..nyawa mana boleh buat main..but pray for the best masa tu..Hubby sms sy tanya macam mana sebenarnya..tp info yang sy dapat dari ahli keluarga paling dekat almarhumah..so..sy tutup mata dengan komen alam maya ni..but..sy dah stated there..final update akan sy buat based on family statements only..

Finally pagi ni..Adik Almarhumah sendiri stated as below
Semoga roh Almarhumah ditempatkan di kalangan para syuhada..Almarhumah dikesan mempunyai brain tumor selepas mengadu sakit kepala selama 2 minggu dan sedang mengandung 6 bulan++..Dibawa ke HTAR dan koma kerana sawan..Semua berlaku sekelip mata..Bayi dalam kandungan berjaya dilahirkan melalui pembedahan dan di bawah pemerhatian doktor..Usia bayi dianggarkan 7 bulan..Almarhumah seorang pensyarah yang lemah lembut tapi tegas dan semoga ilmu yang disebarkan membawa sinar cahaya indah untuknya di alam barzakh..Sedih..sbb beliau meninggalkan 5 cahayamata yang masih kecil..tetapi Allah Maha Tahu...

Tinggal hari ni dan esok untuk keje..pastu cuti..dan Insya Allah..sbrg update dr rumah..Doakan juga urusan sy dipermudahkan..Qoid Rafif kembali pulih dr demam..Risau Ibu dan Ayah..semoga segalanya dipermudahkan..xoxo

Lynda Che Lah

6 comments:

  1. al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. Terkejut jugak masa akak share haritu. Walaupun tak kenal, tapi simpati sangat2.

    AL fatihah untuknya.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah..
    Sedih sbb ada baby...
    Kesiannya..

    ReplyDelete
  4. alfatihah...mula2 dl ms umo 24 kwn yg br khwn kematian suami yg baya sm dgn kitaorg pn dh xtau nak ckp mcm mn...tp bl mendengar setiap kematian ia mengingatkan kita jgn terlalu leka. Alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmah darinya.. & sesungguhnya ank y dikandungnya sah mnjadi ahli syurga..

    ReplyDelete
  6. lya tsilap taip pasal anak arwah y dikandung tu..
    semoga diberikan syurga buat arwah y bjuang hingga ke akhir nyawa utk melahirkan anak ajaib itu..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.