Qoid Rafif @ 4Thn 4 Bulan ~ TakMau Makan!

Assalamualaikum..

Share pasal Qoid Rafif..dah 4 tahun 4 bulan..perkembangan di sekolah memberansangkan..perkembangan sbg abang juga baik..Nakal sikit-sikit tu adalah..tapi yang buat risau sgt..xmau makan! Kalau makan pun, dia makan biskut, kentang goreng (fries), makan roti jagung Gardenia..minum milo dlm kotak..donut (Big Apple, Krispy Kreme, Jco.) dan makanan ringan mcm potato chip..sebelum dia jadi macam ni mmg dia pemakan orgnya..suap apa aje..makan..tp berlaku suatu keadaan yang buat dia taknak makan..cuba recall tapi tak dpt apa sebabnya..Ke memang normal anak umur begini tak mahu makan?
 
 
Dah cuba mcm-mcm supplement juga..Mealshake Shaklee..Scotts Emulsion..Appeton..tapi still selera makan dia takde..kdg2 puaslah ugut mcm-mcm utk dia makan nasi/spageti..tp dia sanggup tak makan apa-apa dr takut ngan ugutan Ibu Ayah..Tp susu masih minum mcm biasa..dan campur Horlicks sikit dlm susu..Macam mana nak buat lagi? Badan kurus toksah cakaplah..nampak tulang klu tak pakai baju..Risau..ikhtiar apa lagi..Mungkin mommies blh share..Normal ke atau perlu dilakukan sesuatu selain usaha bagi supplement..TQ sharing mommies..xoxo

Lynda Che Lah

6 comments:

  1. anak akk yg no 3 pon susah makan...sikit je kalau makan pon... tapi nampak sihat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qoid ni sihat kak..cuma risau tak cukup khasiat..hehe

      Delete
  2. Sis..yg pntg dia aktif n dia makan jugak roti or benda2 lain..
    Cuba pelbagaikan menu..
    Try buat pasta or carbonara..
    Bdk2 suka selalunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azrine..
      Teacher dia suh sy involved kan dia sekali dlm urusan masak memasak..mungkin blh mendatangkan minat tapi itulah dengan baby 3 bulan..masa tu cemburu sgt :(

      Delete
  3. huhu..sama mcm asya jgk.
    mmg xmau mkn..minum susu, roti, biskut camtu je..
    smpai lya refer pakar sbb bmbang.. tp doc kata selagi ank kt aktif x perlu risau.. mkn roti pon ok, sbb dia ada karbhohidrat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..
      lega sikit dgr mcm normal sbb asya pun dah umur 6 tahun kan..
      tp still harap Qoid naklah makan makanan macam kita ni..hehe..
      tq Lya :)

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.