Khasiat Kurma..Qhalif dan Solid Food..

Assalamualaikum..

Hari ni entry simple.Khasiat kurma ni rasanya semua org tau kan..mmg bagus..untuk bayi baru lahir kita tahnik kan dengan kurma..ibu mengandung amalkan kurma utk mudahkan proses bersalin dan sebagai sumber khasiat..Malah Rasulullah pernah bersabda bahawa rumah yang tiada kurma didalamnya umpama tiada makanan..Selain itu..memakan kurma bererti menghidupkan sunnah pemakanan. 
Banyak hadith menyebutkan kepentingan makan kurma dalam pelbagai keadaan. Contohnya, Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma sebelum sarapan, maka tidak ada sihir ataupun racun yang boleh mengganggunya pada hari itu." (HR Al-Bukhari)
Begitu juga sabda baginda  tentang mengambil kurma ketika bersahur:
"Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah dengan kurma." (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi. Sanad hadith ini sahih.)
Ketika berbuka, dan ini sudah menjadi amalan masyarakat. Anas  menyebut:
"Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah. Sanad hadith ini sahih.) 
Macam sy ngan hubby..sahur kami hanya dengan kurma dan minuman panas..pastu lebihkan air suam..mmg 1 hari berpuasa perut ok tak meragam atau rasa lapar ke..dah terbiasa so mmg bangun pagi tak masak sahur..Tapi ada org tak blh tahan pula kan..kalau berbuka mmg berbuka dengan kurma dulu sbb ni sumber tenaga pantas..then minum byk air..

Qhalif pun dah mula nak makan..kalau tgk makanan masa berbuka tu berbuntang biji mata..tangan nak menggapai..Nak masuk 5 bulan dah blh bg sikit2..starting baru ni bagi dia kurma..mmg dia terima dengan baiklah..Ibu dah kena rajin buat bubur dah utk dia..klu dpt roti habis lunyai roti tu ngan air liur..Paed pun syor kalau baby dah start menunjukkan minat utk makan..dan kerap sgt menyusu..dah blh bg makan sikit-sikit..Masa Qoid pun mcm tu tp tak buat buburlah..Ibu is malas..Insya Allah utk Qhalif dah kecek hubby nak beli blender baru..khas utk Qhalif :p
 
Belanja gambar Imam Muda Qoid Rafif..Insya Allah..Amin..xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Kurma kan buah syurga.. mmg byk kebaikkan nya

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.