MC 3 Hari..

September 29, 2014
Assalamualaikum..

Ni kisah minggu lepas..seminggu tak update blog kecuali pasal trip anak-anak tu..Ni puncanya..
Jari disagat sekali masa sagat kentang nak masak makan malam Sabtu lepas..Hubby teringin makan sambal kentang yang nipis-nipis tu..so..pakailah sagat baru je beli..tp sagat dah makan tuan..huhu..masa kena tau-tau pedih je lah..tak keluar darah..dalam beberapa saat baru darah membuak keluar..masa ni tetiba rasa nak muntah..nak pitam..so..lalukan bawah air sambil tekan kuat-kuat..sakit pedih tak payah ckplah kn..sambil tu hubby amik kain kasa dan tutup..berbungkuslah dengan darah jari ni..tugas masak malam tu hubby buat for the first time ngan pantauan rapi dr sy..hihi..but not bad for the beginner..hehe..

Balutan pertama masih berdarah so salin balutan baru..Alhamdulillah..darah stop..so..biar je lah kan..tp bangun pagi Ahad nak tukar balutan..tetiba berdarah balik..byk macam kali pertama kena..so..decide pegi je lah klinik buat dressing wlupun mcm tak sanggup nak serah diri..tp kat Klinik semua ok..tak sakit langsung bila dressing..Power of drugs kot..hehe..dapat satu suntikan Tetanus..dan dapat MC 2 hari utk Isnin dan Selasa..
Selasa petang pegi dressing dan doktor kata dah ok tp tambah MC lagi 1 hari..jari telunjuk ni dah keras sbb takleh guna kan..ni dok urut..bengkok-bengkok kan balik..skrg dah kekok nak guna jari telunjuk balik..
Tq Encik Hubby belikan ni..RM35..mmg berkesan..bertindak macam gam..so..dia pulihkan tisu dengan cepat.
Hari ni..inilah rupa jari yang senget..
Moral of the story..kena ada first aid kat rumah..kemalangan blh berlaku di mana saja..bila-bila masa..hubby yang tidak panik tgk darah adalah penting (I know u pening..ahaha)..dan anak-anak yang memahami juga penting (Qoid terdiam tgk darah byk..Qhalif merengek minta dukung)..Alhamdulillah tempoh seminggu pulih wlu pun tak sepenuhnya..tp bolehlah nak membasuh ke memasak ke..xoxo

Lynda Che Lah

6 comments:

  1. Allahuakbar..kena berhati2 lah pasni kalau nak guna sagat or pisau..kita pun seriau kalau berdarah kat mana2 anggota badan, rasa nak pitam je kan..semoga cepat sembuh ye..take care

    ReplyDelete
  2. Semoga cpt sembuh kak. Malang memang takde bau.

    Eka aritu kena kaki ketam. Excited nak makan ketam kan. Tibe dah nak habis makan, sekali nak patahkan kaki ketam selepas gigit. Baru nak suap kat mulut isi ketam tetiba je nampak macam merah menitik. Dah la masak ketam sambal. Tetibe nampak merah lain macam bercampur sambal. Cepat2 basuh tangan, rupanya tepi ibu jari panjang segaris kena. Darah banyak kluar. Cepat2 letak minyak kelapa tanak yg mmg simpan kat rumah. ALhamdulillah darah stop tp pedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab pedih tu tak tahan Eka..
      ni terbuka tak berbalut..baru sat tadi terlanggar almari opis..
      perghh...azabnya..rasa mcm nak sepak almari ni sakitnya..huhu..
      hati-hati je skrg..

      Delete
  3. moga dah sembuh ye..
    teruk gak tu

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.