Home Ads

Parent's Meet Day ~ Little Caliphs Sec 7..Pencapaian Qoid Rafif

Assalamualaikum..

Rasa macam tua lah sgt sbb dah ada hari amik report card anak..ahaha..padahal..Tadika 4 tahun je..hehe..Ni event Sabtu lepas (1  Nov)..baru ni berkesempatan update.. Kami ke Parent's Meet Day kat tadika Qoid..Siap-siap nak pegi kenduri kawin..tp singgah sini dulu..ramai juga org..

Qoid Rafif biasalah..happy jumpa kawan-kawan tp dia mcm gementar sbb Ibu Ayah nak jumpa teacher..sbb biasa kalau ada kes terpencil je Ibu Ayah jumpa teacher..ahaha..so..dia ingat ni ada kes lah ni sampai Ibu dan Ayah dua-dua pegi jumpa teacher..Sampai je sementara menunggu dapat tgk buku ni
 
Hasil kerja Qoid..not bad for 4 years old kan..dengan bantuan teacher-teacher yang memang penyabar tahap keberapa lah ni...sbb bukan senang nak handle kira-kira 30 org budak umur 4 tahun sekaligus..Sy yang handle Qoid sorang pun kdg2 boleh naik hantu..hehehe..salute to teachers..
So..dpt juga tgk Qoid adapt..Syukur Alhamdulillah..sejak masuk sekolah kecil ni..Qoid berkembang dgn baik..dari perbincangan dan pemerhatian teacher Jieha..Qoid dr seorang budak yang asyik menangis ms masuk sekolah dan terpaksa diasingkan menjadi antara student yang menonjol..sbb nakal..kuat main..kuat mengikut org..ahaha..didenda lagi..tp itulah perkembangan paling positif dalam social life dia..positif utk seorg anak yang sblm ni pemalu dan mudah merajuk..

Dalam bab belajar..teacher maklumkan Qoid perlu perbaiki `writing skills'..dan dia sgt excellent dalam hafazan..Ini diakui...wlupun pelat sikit dan sebutan tak berapa betul tp hafazan dia bagus..Sy bangga puji anak sendiri..Tp seperti selalu sy coret kat sini..apa sy jangka dr budak 4 tahun kan..Ini dah cukup hebat utk dia..Ibu bangga dengan Qoid!
So..tahun depan masuk kelas KG2 for advanced student..Alhamdulillah..balik lambat sikit lah..hehe..masih menimbang-nimbang nak amik subjek Tahfiz tak..sbb nak buat Tahfiz ni kekentalan kena kuat..makan pun kena jaga..Qoid dah lah suka makan benda merepek juga..tp syukurlah byk perubahan yang berlaku..
Dear all teachers..Terima kasih tak terhingga..Tiada kata boleh diucapkan dengan jasa dan pengorbanan anda..Untuk Qoid Rafif Ibu..semoga terus membesar jadi lebih baik dan jadi lebih berilmu dan berpengetahuan..Ayah Ibu amat berbangga dengan Qoid..1 fine day..u will see this post dan faham bagaimana cintanya Ayah dan Ibu kepadamu..*tears* xoxo

Lynda Che Lah

3 comments:

  1. congrats qoib..
    ok dh utk umur 4thn tu...
    moga trs bjaya..
    tahfiz tu sgt bgus,, tp mmg kna disiplin n jaga semua

    ReplyDelete
  2. Terjumpa blog ni...anak kite pun kat LC kondo tu..kelas KG1 jugak

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~