Dah Mula Berkemas..

December 09, 2014
Assalamualaikum..

Dah mula berkemas..Excited nak pindah rumah baru ni..tp pada masa yang sama..sedih nak tinggalkan rumah yang banyak sgt kenangan..terutama dalam membesarkan Qoid Rafif..mendidik anak kecil ni dr awal dia lahir sampai ni dah masuk tadika..Tp kesian juga kat Qoid sbb naik tangga tingkat 3 hari-hari..bila beritahu dia kita dah nak pindah dah..soalan dia>>>
`Ibu..lepas ni dah tak naik tangga ye?' hehe..xde tangga dah..

Pagi td amik gambar barang yang sudah start masuk kotak dan kemas..sebak pula..harta bersama kami..yang dr mula kosong..di isi perlahan-lahan dengan barang yang kami 2 org suka..semua buat sama-sama..sedih..tp semoga tuan baru pun enjoy lah dok sini..
Mainan Qoid je dah 2 kotak..Itu pun belum setel lagi..
Ni ada lagi mainan Qoid..Mau 2 kotak lagi..ni dah kemas keluar balik.
Dapur dah kosong..Tinggal nak angkat peti ais..Lain kabinet dah jual..
Antara yang dah kemas..
Hari ni nak pegi developer settle amount maintanance dan TNB, SYABAS dengan harapan dpt kunci hari Khamis ni..Sbb owner baru ni tak sabar dah nak pindah masuk..terpaksa kami yang keluar..selepas perbincangan pun mcm takde harapan nak stay lama..maka..bergegas lah semua wlupun bdn penat..xoxo

Lynda Che Lah

9 comments:

  1. Dah tak naik tangga? Ha...sejak dah meningkat usia ni, akak dengan hubby dah mula terpikir pasal rumah yang tak ada tangga, hehehehe.

    Selamat berkemas yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak..
      itulah sebelum decide beli rumah..bincang ngan hubby..beli setingkat je lah..
      esok dah meningkat usia..tak larat naik turun tangga dah..
      tq akak..

      Delete
  2. bestnye dpt masuk rumah baru, rumah sendiri. Kitorang masih lagi dlm perbincangan nak beli rumah kat mane sbb kite tak dapat tukar lagi huhu. Haraplah ada rzki baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ini rumah first beli Eka..lg sedih nak tinggalkan
      tp Abg Long ckp..klu dah masuk rumah baru..lupa dah rumah ni..hehe
      btw..semoga semua dipermudahkan utk Eka n Fizie..Mudahlah tu nti lepas Allah duga..

      Delete
  3. bestnyer dah beli rumah...nasya masih dalam perancangan..doakan tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan..slow n steady babe

      Delete
  4. Semoga segalanya dipermudahkan Lynda..aida dulu pun jenuh berkemas..barang-barang banyak, memang terseksa nak kumpul barang kecik2..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kunci rumah baru tak dpt lg..so mood mengemas tu tak berapa ada..hihi

      Delete
  5. masuk rumah baru..
    semoga dipermudahkan..mmg letih sikit

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.