Home Ads

Our New Home @ Desa Bukit Permata

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah sebulan kami tinggal di rumah baru. Perjalanan nak dpt kunci penuh liku..huhu..tp berkat sabar dan hilang sabar dgn developer (hehe) telah membuahkan hasil..Semuanya dipermudahkan tepat pada masanya..Kami terima kunci 26 Disember 2014, hari tu juga basuh rumah, esoknya angkat barang dan terus menginap..2 hari yang mencabar mental dan fizikal..huhu..

Jumaat 26 Disember 2014, kami terima kunci di tapak jam 10 pagi. Then tengok apa patut, pegi hardware beli pencuci, mop, berus etc. Makan tengah hari dulu. By the time Hubby pegi solat Jumaat sy start basuh rumah..Alhamdulillah pukul 4 siap. Terus pegi Tesco beli barang lain especially langsir idaman..Murah beli kat Tesco.Kain berkualiti pula tu..

Sabtu 27 Disember 2014, angkat segala barang dan kosongkan rumah lama..Anak-anak dok ngan Onny. Tugas selesai lebih kurang pukul 10mlm..Masa ni patah balik Kg Kuantan amik anak-anak, cari bajet hotel. Tp kebetulan malam tu hotel semua penuh..Last-last decide patah balik Meru dan kemaskan bilik utama. Nasib baik masa ni anak-anak dah pengsan keletihan..Tak sedar apa..Malam tu juga kami berkemas..alih barang mana yang boleh masuk bilik belakang..kemaskan ruang tamu dan dapur utk mudahkan urusan lain..Alhamdulillah dalam jam 3 pagi selesai.. Dah ada anak kecil, ni je lah masa yang ada..
 
Inilah hasil hari kedua di rumah baru..huhu..tepuk tangan utk diri sendiri dan hubby..Banyak lagi nak disetelkan..Pengsan tgk bilik belakang berterabur barang..nak cr ubat nyamuk pun ntah mana..Dah dekat sebulan ni ada perubahan..Nanti boleh tgk lagi..Syukur..Allah pinjamkan nikmat ini..Rumah Kami Syurga Kami..xoxo

Lynda Che Lah