Home Ads

Suamiku..Encik Hang Kebun :p

Assalamualaikum..

Selama ni duduk rumah takde tanah..(apartment) jadi mood berkebun ke sapu laman ke mmg takde..Masuk rumah baru yang hari ni genap sebulan diduduki..semangat berkebun dtg tanpa diundang..tambah pula nak berjimat..Kalau boleh bela ayam pun nak bela..ahaha..*ni bohong sgt lah kan*

Memula bincang ngan hubby..nak tutup ngan simen laman sekangkang kera tu..sbb macam serabut kan nak kemas ngan potong rumput..tp kos nak tutup cecah harga ribu riban terus tak jadi..so..marilah kita berbudi kepada tanah..

Dari hari masuk smpi semalam..tanah tu baru dibersihkan oleh encik Hubby..siang malam..buang batu kerikil..sampah pembinaan..amik masa juga..dan encik hubby dok hafal ngan study rumput apa best nak tanam..rumput japan..cow grass. rumput filipine..haha..setakat ni belakang rumah dah ada tumbuhan yang sedang struggle utk hidup..maklum..kami keluar pagi ms takde matahari..balik pun matahari dah masuk balik..nak menyiram tu mmg time dah gelap..siang keringla sikit.
 
Ni malam balik kerja..ini lah rutin sekarang..semangat waja..hehe
 
 
Sanggup pegi beli tanah nak tambak lagi..ok..ikut awak lah..awak punya side mmg bahagian depan kan..bahagian dapur bahagian I..so..fair & square..kikiki..

Nanti kita tengok hasil..x sempat lagi nak pegi nurseri belek-belek pokok..tp dlm perkiraan nak tanam pokok limau..pokok bunga kertas..Mama dah tolong semai pokok rhu kecik-kecik tu..Maybe makan masa lah kan nak tgk hasilnya..tp lepas ni mesti sejuk mata memandang..*Kejap je dah sebulan*..xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~