Bawa Anak-Anak ke Jkids Paradigm Mall

March 19, 2015

Assalamualaikum..

Cuti sekolah tak tahu nak bawa anak ke mana? Boleh cuba ke JKids, Indoor Playground. Kami bawa anak-anak ke Paradigm Mall, Kelana Jaya. Jkids kat sini kat Tingkat 1 baru buka..So tak ramai lagi orang..
Bayaran masuk untuk 6 bulan ke 13 tahun adalah RM30. Sila pastikan bawa stokin sebab nak masuk kena pakai stokin. Parents pun kena pakai stokin. Dorang jual stokin RM4 sepasang..
 
 
Semua games tak bahaya..Lantai tak licin dan guna karpet yang span tu. Semua games pun takde yang tajam atau bucu semua berbalut. Oklah nak lepaskan Qhalif..Tengoklah tu siap panjat turun balik sendiri..
 
 
Ada satu bahagian main pasir. Pasir ni unik sebab dorang guna sejenis herba yang digunakan di China untuk minum teh. Nama dia tak sure..Tapi nampak macam pasir tapi besar sikit macam biji herba. Tak boleh telan pun sebab melekat kat mulut bila masuk mulut. Qhalif 2 3 kali angkat sebaldi kecik tu tuang dalam mulut tapi dia takleh telan. Menyembur dia sbb melekat kat mulut. So tak selesa..
Selamat lah untuk baby macam dia..Dan lagi satu..Ibu tak stress anak melekit main pasir..ahaha..sebab mmg tak melekat kat kaki atau baju pun..senang..Main lah wahai anak siap nak baring ke apa ke Ibu tak bising..hihi..

So far ok..sbb selalu kami ke AmanVille Space U8 tu.. Ni tukar angin sikit..Bagi mainan lain pula. Nak main kat luar sekarang panas lain macam kan..so jangan dok kat luar..Kita dok kat mall ada aircond..xoxo

Lynda Che Lah

You Might Also Like

2 Komen

  1. boleh tahan gak admission fee nya.. sekali-sekala boleh bagi anak-anak layan gini., lebih-lebih main pasir kinetik jelah kat rumah.. hihihi,,

    ReplyDelete
  2. mahal gak kan fees dia..sebab mainan pun tak banyak sangat..hehe..tapi takpe yang penting anak2 happy, dah berbaloi kan Lynda..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.