Home Ads

Bawa Qhalif Ke Ofis..

Assalamualaikum..

Seminggu lepas Mama kurang sihat. Sy dah cuti kecemasan dr hari Isnin dan Selasa..Pastu WhatsApp bos bagitau maybe nak cuti lagi tp bos ckp takpe..bawa je anak datang ofis. Jaga di ofis..Lega sebab cuti tinggal berapa je kan..Tapi dalam masa yang sama..macam manalah Qhalif nak behave kat ofis..huhu..Qoid dan Arianna kami bayar OT di tadika stay sampai petang..Biarlah Mama berehat dan recover sepenuhnya..
 
 
 
Ini hari pertama di ofis Ibu..Hari Rabu..duduk atas meja dan tolonglah sangat Ibu buat keje..Hari pertama crancky dan taknak ngan orang lagi..Sombong..ahaha..tp dah petang sikit rajin menegur orang then mulut dah start bising jerit atau bebel ikut suka dia..Tidur pun pagi sekali dalam 1/2 jam je..petang sekali time Ibu dah nak punch out dia sedap tidur..
Ni 2nd day Khamis..Kami merempit 4 beranak dari Meru ke Klang sebab semalamnya bawa kereta encik Hubby sampai ofis pukul 9.30..huhu..ok je nak naik motor..cepat pun ye..cuma kena hati-hatilah kan..tp kita hati-hati...org lain mcm mana? eh.....2nd day pun Ibu ada mesyuarat pengurusan tapi bayangkan mesyuarat ngan budak ni..Bos I is cool..Sambil dia bagi kata aluan dalam meeting sambil budak bertuah ni bebel ngan jerit melawan cakap bos..Ibu is malu tp keras je lah kan.ahahaha...sudahnya bawa Qhalif keluar bagi minum susu..
Ni nasib baik tak buat hal..pakai macam ni jalan serata ofis..pastu ada hati nak bikin onar masuk bilik meeting..ni cepat-cepat cekup dia sebelum terlepas ke bilik meeting..Ibu kering darah kejap..ahaha..tp 2nd day tidur lama..mungkin sebab dah selesa..dapatlah Ibu siapkan kerja yang tertunggak 2 3 hari..BTW Jumaat MC sebab telinga kena infection. Bengkak dan bernanah so rehat kat rumah..

Alhamdulillah..hari ni Mama dah kembali sihat..dah dok balik ngan Onny.. So, lepas ni nak save cuti Ibu..angkut je budak bertuah ni dtg ofis..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~