Home Ads

Penetapan Umur Persaraan 60Tahun Bagi Pengeluaran KWSP - Isi Kaji Selidik

Assalamualaikum..

Bagi yang mempunyai akaun KWSP dah buat soal selidik? Ini semua tentang KWSP nak lanjutkan umur pengeluaran kepada 60 tahun..Memang ramai yang tak setuju..So..kalau tak setuju kena buat isi kaji selidik. Kononnya kalau tidak isi anda dianggap bersetuju dengan perlanjutan umur pengeluaran itu.. Tapi yang hampeh juga tentang KWSP ini..anda kena ada i-Akaun utnuk menjawab kaji selidik..Bukan semua org ada ye i-Akaun ini..Dan utk buat i-Akaun kena ada PC atau laptop sebab x boleh akses thru telefon paling pintar pun..

Dan nak buat i-Akaun kena ada TAC no yang perlu anda confirm kan dengan KWSP. Masih kena pergi ke KWSP yang agak slow itu untuk verify TAC baru boleh akses i-Akaun. Soal selidik hanya boleh di buat dengan i-Akaun. Siapa takde sila buat.

Saya dah isi soal selidik pagi ni..tapi soalan mengelirukan dan boleh membuatkan kita bersetuju je dengan rancangan jahat dorang ni..huhu..
Last sekali boleh bagi pandangan tapi hanya 500 aksara.. Taknak orang marah lah tu limitkan byk tu je..tapi kata nak pandangan kan..Jom share pandangan saya yang dah banyak kali berpengalaman memohon pengeluaran Akaun 2 daripada KWSP...Dorang buat akaun dan duit tu macam duit bapak mak dorang bagi kita pinjam padahal itu duit hasil titik peluh kita yang dipaksa menyimpan dengan dorang..Mood emo tetiba pagi ni..
Ambil maklum atau ambil peduli atau tidak pandangan saya ini..janji saya punyai pandangan saya sendiri..Dear KWSP..pls..let us manage our saving and retirement plan..TQ..

Lynda Che Lah

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~