Malam Raya

July 21, 2015
Assalamualaikum..
Update malam raya dulu..
Biasalah anak-anak main bunga api. Pastu encik hubby beli mercun air pancut tu kan..Jadilah..bakar duit malam raya.. Kebetulan..Qoid sepanjang Ramadhan main Pop Pop je tapi malam raya tu main bunga api.. Ajaib..Tanya encik Hubby macam mana boleh main.. dia kata it's a miracle..ahaha..lah sangat!

Tapi kesianlah kan..Dah malam raya br sibuk nak main bunga api. Orang dah abiskan stok bunga api dia br nak ajak ayah g beli kat depan kedai.. Jadilah..tp itu je lah main sebab malam selepas tu mana ada main lagi kan..

Qhalif toksah ckp..tak main bunga api..main pasir.. seronoklah dia dok kat luar rumah malam hari takde org tegah ke ape..

Paksa Maklong amik gambar..huhu

Jadilah join kan..huhu..malam tu siap masak rendang.. masak ketupat.. prepare daging utk nasi kerabu pagi raya..goreng kacang tanah nak buat kuah kacang pagi raya..potong bawang semua siap pastu balik umah tido. Tak tido umah mama tahun ni sebab baju tak packing lagi.. tak kemas barang bebudak..So..pagi raya awal dalam pukul 6.45pagi dah gerak dr rumah.. Rasa lah mcm balik kampung beraya..LOL..xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.