Home Ads

November..

Assalamualaikum..

Dah hujung November.. Esok dah Disember..

Dalam 30hari habis dah 2015. Sekejap je kan.. Hari ni dikejutkan berita pemergian Yus Jambu..Allah dah mula ambil org baik-baik.. Semoga kita pun pergi dlm khusnul khotimah..Mati itu pasti..Bila tu yg tak tau kan..

~Al Fatihah~

Hari tu pergi kursus pengurusan jenazah.antara azam 2015 nak belajar pengurusan jenazah..menyediakan kita dlm byk keadaan.Insha Allah blh praktik utk akan datang..azam juga ni..

Qoid bakal ke pra sekolah tahun depan..Tak terus di LC sbb byk yg perlu diuruskan dengan keadaan encik hubby yg sering outstation skrg..

Masih cuba berblog..Kesian Qhalif Umar Ibu tak blog perkembangan dia..

Dia sekarang suka menari terutama lagu Kun Anta..Dah pandai sebut Ibu..Ni perkembangan dia cepat nak banding ngan Qoid..Ngada pun terlebih sbb dia kesayangan semua skrg..of coz buah hati Tok Ayah..
3 hari lagi dia dah masuk setahun 9bulan.. berlari laju dah.. suka kacau abang..pandai main Ipad..kesian abg Qoid selalu mengalah..
Pandai gaduh dan berebut.. Suka sgt kereta dan lori..bab susun kereta dan sepahkan mmg keje dia..
Suka makan..nti try buat post sempena setahun 9bulan..cuba ye..

Ni gambar hari tu..Tapi hari ni new haircut dah..Nti share..

Sibuk dan masih sibuk..Kesian anak-anak x sempat Ibu Ayah bw cuti-cuti..Insha Allah..xoxo

Lynda Che Lah



No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~