Review - Fave Hotel, Pantai Cenang Langkawi

December 30, 2015

Assalamualaikum...

Masa pegi Langkawi hari tu, 2nd day smpi 4th day to menginap di Fave Hotel di Pantai Cenang. Hotel baru milik Indonesian. Sbb byk cawangan dia kat Indonesia.. Hotel ok cuma set kopi teh tu kena request dan bayar ye.. tp cadar ada stain ye..Nak pakai iron kat luar bilik..hihi..Nak request toiletries pun sila bayar.. sudahnya mmg lah tak request semua benda tu..

Bilik ok tp boleh dgr org sebelah pasang TV kalau kuat lah volume dia..Org ketuk pintu bilik sebelah pun boleh dgr..
View cantik..Bukit-bukau dan kerbau ragut rumput kat padang rumput seluas-luasnya..Kalau petang nampak anak Langkawi main bola padang.

Makanan biasa je..Dinner pun masak lemak telur rebus, sayur taugeh goreng, ayam goreng (buffet style) sudah tu ko cas RM35 1 kepala..Mahal dan x berbaloi..Desert pun setakat sagu gula melaka dan puding sejenis dua..sudahnya malam esok lusa tak makan situ dah.. Baik makan kat kedai tepi-tepi jalan lauk byk pilihan dan kenyang puas hati bayar..

Sbb ada guest yang bgtau kalau search hotel kat Cenang, memang ni muncul dulu..Tapi harga pun agak mahal sebab dekat Cenang kot..Tapi kalau korang tak kisah..ok je la..masih boleh dikategorikan sebagai nice stay cuma pricey..
Oklah utk short trip.Cuma jauh dr Pekan Kuah..ni nearby Pantai Cenang dan Underwater World..Tp byk komplen pun x boleh kan..free pun :p

Lynda Che Lah

You Might Also Like

1 Komen

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.