Home Ads

Review - Pemandangan Indah Guest House Langkawi

Assalamualaikum.

Memandangkan sampai Langkawi lewat malam, so decide amik simple hotel je untuk tidur sementara menunggu esok..Saya pilih Pemandangan Indah Guest House kat Padang Matsirat. 5 minit je dari airport..Hotel ni simple, lebih berkonsep homestay bilik-bilik..Selesa sbb semua on the ground..Parking kereta terus masuk bilik.. Layanan sangat tiptop.. Sebabkan flight delayed so kami sampai hotel lebih kurang pukul 12.30 mlm.. dorang tunggu untuk serah kunci.Lepas tu ramah tamah melayan kita walaupun dah tengah malam.
Bilik ada katil Queen dengan tambahan 1 tilam. Tak minta pun memang ada..
Ada aircond dan yang penting kipas siling..Kipas ni memang pentinglah kan..Sebab kadang malam sejuk sgt takleh tido kalau pakai aircond je..
Bilik air ok..Bersih dan tekanan air ok.
TV pakai channel Njoi je..Jadilah setakat nak tgk drama dan kartun untuk bebudak.
Cuma nak breakfast xde tempat terdekat. Kena pegi dekat dengan airport atau kawasan sekitar.
Harga semalam untuk bilik yang selesa ni RM90 je..Oklah..

Yang best memang pemandangan indah lah..sbb hotel ni terletak di Look Out Point Langkawi. Tempat tgk anak bulan..Pemandangan belakang hotel airport Langkawi..Nampaklah kapal terbang berlepas dan mendarat. Worth lah kan untuk harga tu..
So far untuk hotel ni saya bagi 4.5 bintang..Sangat memuaskan untuk short stay..Cuma jauh sikit dr tempat tarikan di Langkawi..xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~