Home Ads

Qoid Rafif ~ 6 Tahun 4 Bulan

Assalamualaikum..


Entry terlambat sehari..Qoid 6 tahun 4 bulan semalam..
So far sekolah ok wlupun kadang malas..
Bangun pagi payah juga.
Tapi hasil kajian, anak lelaki memang macam tu.
Dia akan bangun, lembikkan badan, pastu suruh Ibu mandikan..
Ni kadang stress sebab kitorg nak keluar awal elak traffic jam kan..
Kadang termenung dalam bilik air..
Tapi nasihat pakar mengatakan Ibu kalau bangun pagi membebel pun takkan
mendatangkan kesan kepada dia.
Sebab anak lelaki bila bangun pagi dia memang taktau nak buat apa.
So kalau bebel pun takde makna..haha..
So, sebelum dia stress pagi dah kena bebel, moh la mandikan dia..
sementara tu biarlah dia amik sweet time dlm bilik air..

Mengaji kadang pergi..kadang buat-buat lupa.
Bila balik petang tanya pegi mengaji tak hari ni dia akan jawab,
Eh Ibu tak cakap pun...
Dah lah sekarang balik pukul 4.30 tu panas terik lagi kan..
Dalam hati pun panas mendidih je dengar..haha..
Tapi so far mengaji ok..Boleh ikut..

Masa dia baru start tukar sekolah Pra ni,
kami dapati dia ada masalah membaca.
So, kami ingat dia ada masalah disleksia..
Kami research, tanya pengalaman orang lain.
Tapi Alhamdulillah, Qoid ok..
Masalah membaca ni memang akan ada pada anak-anak usia ni..
Dan bila dia dah mula kenal huruf dan teliti, dia boleh membaca..
Sekarang kalau duduk dalam kereta atau tengok TV,
dia try eja perkataan yang dia dengar.
Then tanya Ibu betul tak..
Ayah ngan Ibu skrg kena rajin mengeja wlupun kadang
kita pun rasa mcm tunggang langgang..Hehe..

Sikap sabar yang ada melayan kerenah adik..
Adik memang kadang menguji kesabaran. Sangat menguji.
So kadang merah muka menahan marah..
Tapi dia memang sayang adik..
Cuma kadang terlepas lah juga tercubit ke kalau geram sgt.

Semoga sihat selalu nak belajar rajin-rajin kan..
Jadi anak soleh..xoxo


Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~