Home Ads

Minum Susu Sepanjang Hidup..

Assalamualaikum..

Korang minum susu tak?
Sebab ada yang dewasa tak minum susu..
Anak-anak memang minum susu..
Qoid walaupun dah 6 tahun masih minum susu. 
Sekali pagi, balik dr sekolah tgh hari dan malam nak tidur.

Qhalif masih menyusu.
Dan harap sampai bila-bilalah suka minum susu..

Saya dan suami pun minum susu.
Kami kadang-kadang pilih susu berperisa.
Tak kisah lah coklat ke, strawberi ke..kadang yang perisa kopi..
Janji susu. Perisa vanilla lagilah suka kan..

Khasiat susu ni untuk :

1. Pertumbuhan kalsium tubuh kita..untuk mengelakkan ostereoprosis..
2. Melindungi kerosakan gigi dan masalah kaviti..
3. Untuk sihat dan cergas.
4. Susu adalah agen anti asid yang baik. 
Ia membantu mengurangkan risiko ulser usus dan perut.
    Selain itu , mengurangkan pedih ulu hati.
5. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat 
menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya   
    mendapat tidur yang lebih nyenyak.
6. Susu terbukti mengurangkan gejala PMS. 
So, kalau PMS tu boleh cuba minum susu segar atau susu sejuk..
 

Byk kan kebaikan minum susu ni.
So harap bolehlah anak-anak pun ikut suka minum susu.
Tak kisah dicampur dalam Milo ke..
Dicampur dengan bijiran..
Janji minum kan..xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

  1. Wajib minum setiap hari! Anak anak pun

    ReplyDelete
  2. mmg betul..klo ikutkan suus ni kna minum slalu..lg2 dah tua, lg perlu utk tulang

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~