Home Ads

Qhalif Umar ~ Anak Kedua Lebih Berdikari

Assalamualaikum..

Ni sebenarnya berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sebagai Ibu dan Ayah. Tak pernah bincang pun pasal situasi anak pertama dan kedua. Cuma sebagai rujukan atau kenangan dengan sikap dan pembawaan anak kedua kami. Qhalif Umar bin Zainol Ariffin.
 

Qhalif sejak lahir sebenarnya banyak berdikari. Sebab masa tu abang Qoid baru masuk sekolah, baru belajar berkawan, baru cuba sesuaikan diri dengan kehadiran Qhalif. Jadi masa kami byk tertumpu pada melayan tantrum Qoid dan penyesuaian baru. Sampai Encik Hubby pun perasan, kurang gambar dan video Qhalif kami ambil. Kalau ada pun terus disimpan dalam hard disk.

Kemudian, Ibu sibuk layan bisnes Lasagna smpi amik order tak ingat. Bawa dorang ke sana ke mari delivery. So Qhalif byk explore thru perjalanan kami dalam kereta. Lepas tu kami pindah rumah baru, lebih byk masa diperuntukkan untuk persiapan dan sesi kemas mengemas.

Umur sekarang 2 tahun 7 bulan. Dan dia memang berdikari. Tidur malam tak perlu dodoi atau tepuk.
Dia akan cari titik selesa yang boleh buat dia lelap. Makan pun sendiri tak macam abang Qoid masih bersuap. Dia lebih mendengar arahan dibandingkan dengan abang Qoid yang manja. Boleh  membantu bila diperlukan.

Bila dia nak makan, dia akan ambil sendiri dlm peti ais. Kalau tak sampai, dia ambil kerusi. Macam tu juga basuh tangan. Kalau makan kat kedai, lepas dia dah kenyang, dia akan buat hal sendiri. 

Sekali lagi tak macam abang Qoid yang obses gajet. Qhalif memang tgk gajet tapi tak fokus atau  obses macam abang Qoid. Dia hanya akan on Youtube (Upin Ipin), pastu dia main benda lain. Dia tau kemas barang mainan dia (kereta atau lego). Dia tau cari botol susu kalau nak minum susu.

Dia berani tidur dalam gelap. Berani masuk bilik air sendiri. Pandai mandi sendiri sebab boleh main air. Dia berani panjat katil tinggi, sofa TokAyah. Dia tak nangis kalau jatuh. Lutut luka sikit, atau  jatuh kalau tersadung kat taman, dia boleh bangun, tepuk lutut dan lap tangan kat baju. Then  sambung main.

Keseluruhan sikap Qhalif memang berdikari. Berani, tegas dan kuat. Keras hati sebab kalau marah  dia tak nangis. Cuma bila sedih sgt kena marah dia nangislah. Tapi cepat reda dan lupa. Dia agak kuat banding dengan abang. Boleh bergumpal tanpa menangis. Tumbuk abang, abang yang sakit. Kuat bergurau sebab dia macam cepat matang.

Nanti kita cerita pasal Qoid. Tapi anak sulung lelaki agak berbeza dengan anak kedua ni. Sangat berbeza dr segi sikap dan kelakuan. Tapi yang penting korang sihat dan jadi anak yang baik. Ibu Ayah dah syukur dan bahagia.xoxo

btw, gambar kat atas adalah gambar baru lukis mural kat dinding rumah.. Sepanjang-panjangnya dia buat mural T_T

Lynda Che Lah

2 comments:

  1. ada part sama dgn anak saya yg ke2, ada part terbalik, sama dgn anak sulung.. tapi bila baca entry ni sebak rasa.. teringat anak2 saya dua orang tu...nanti nak buat entry mcm ni jgak la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..
      setiap anak ada keistimewaan.
      buat entry ni actually utk dorg nanti.
      semoga kita pun tidak lupa :)

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~