Hari Kecemerlangan Sekolah ~ Qoid Dah Habis Pra

November 18, 2016
Assalamualaikum..

Semalam dapat jemputan ke sekolah untuk Majlis Hari Kecemerlangan dan Graduasi Sekolah.
So hantar Qoid pegi sekolah dulu utk persediaan. Masuk opis kejap.
Pastu patah balik amik Mama, Qhalif dan Yana.
Encik Hubby tak berkesempatan nak datang sebab tugas di Labuan.

Ni masa sampai Qoid tgh beratur tunggu perarakan masuk.
Lepas nyanyian Negaraku dan ucapan semua, bermula semua upacara.
Hari ni kira hari graduasi Qoid.
Dari Pra Sekolah nak ke Darjah 1 tahun depan.
Kejap je kan masa berlalu.
Alhamdulillah, pencapaian amat baik.
Dah pandai membaca, suka mengeja.
Matematik pun dah pandai tambah.
Lepas tu Ibu still kena tunggu sebab dapat kejutan.
Qoid dapat anugerah matapelajaran terbaik bagi subjek Dunia Sains dan Teknologi.
Ada nama dia dalam buku aturcara.hehe..
As usual, Ibu hati tisu.
Itu pun nak sebak bagai.haha
WhatsApp Encik Hubby bagitau.
Dia pun seronok. Sedih tak berada di sisi.
Oklah tu pencapaian.
Ibu Ayah tak harap apa-apapun.
Janji dapat belajar dengan baik dan dipermudahkan.
 
 
Dengan kawan baik. Irsyad.
Irsyad pun dapat anugerah.
tapi Irsyad baru 5 tahun, so tak bersama lah di sekolah
kebangsaan nanti.
takpe, cari kawan baru pula.

Banyak yang Qoid belajar sebenarnya kat sini.
Dan perubahan besar memang ada dalam diri dia.
Nanti  buat post khas utk Qoid.
Tunggu Ayah balik belanja beli hadiah penghargaan dr Ibu Ayah.

Semoga perjalanan di sekolah kebangsaan tahun depan
dipermudahkan dan lancar.
Ibu berdebar juga dengan situasi atau budaya sekolah sekarang.
tapi kita doakan terbaik untuk anak-anak dan
Allah jualah tempat sebaik-baik pergantungan.
Semoga anak-anak kita dilindungi dan dipermudahkan.xoxo❤

Lynda Che Lah


1 comment:

  1. Alhamdulillah.. smoga terus berjaya di masa depan.. memang kt akan hapoy sgt kan dgn apa2 pom pcapaian drp anak kita

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.