Semak Keputusan Peperiksaaan Online - SAPS Ibu Bapa

November 04, 2016
Assalamualaikum..

Tajuk je dah memang blog mak-mak sgt ni..
Sesuai dengan Qoid Rafif yang nak masuk darjah 1 tahun depan,
Ibu kenalah mula alert dengan sistem pembelajaran kat Malaysia ni.
Selalu nampak ofismate buka laman web, pastu tengok keputusan peperiksaan anak.
Ada yang post dalam FB, keputusan anak-anak.
Mula-mula macam pelik tapi kita bertanya dan belajar kan.
So, itu rupanya SAPS Ibu Bapa..
Apa itu SAPS Ibu Bapa?

Ni nak kena tahu dan ambil tahu.
Sistem pembelajaran Malaysia sebenarnya dah masuk
ke tahap yang lebih baik sebab Ibu Bapa boleh memantau dan
menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di hujung jari.
Pentingnya pencapaian anak-anak sebab kita boleh tahu di mana
kelebihan dan kelemahan anak-anak dalam pelajaran.
Pemantauan ni boleh dilakukan dari pejabat dan di rumah sewaktu
hujung minggu.
Kalau dulu, tunggu hari ambil repot kad, barulah Ibu Ayah tau keputusan periksa
kan. Atau semak sendiri kertas jawapan anak.

Sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan
satu sistem semakan online > SAPS Ibu Bapa bagi membolehkan
semakan online bagi pelajar dari tahun 1 sehingga Tingkatan 5.
Ianya mudah dan cepat serta membantu pelajar memotivasikan diri
melalui pencapaian mereka sendiri.
Sistem SAPS ini umpama hari bertemu guru dan Ibu Bapa,
menjimatkan masa dan memudahkan pemantauan di rumah tentang
pembelajaran anak-anak.

Selain itu, Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem NKRA,
singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
atau NKRA ialah National Key Result Area.

Ibu Bapa boleh memulakan semakan dengan klik pada pautan <SAPS Ibu Bapa>
 
Pautan ini dibina untuk mengurangkan trafik ke pautan rasmi di laman web rasmi
kerana jumlah kunjungan yang amat tinggi.
Melalui pautan ini, Ibu Bapa akan mendapat capaian yang lebih mudah dan cepat
dan Insha Allah akan menjimatkan masa dan mendapat keputusan yang lebih cepat.


SAPS Semakan Ibu Bapa ini boleh diakses secara online, melalui telefon pintar dan laptop.
Selain keputusan peperiksaan tahunan, keputusan peperiksaan penting sperti UPSR,
PT3 dan SPM juga akan dimuat naik dalam aplikasi ini.

Jadi lepas ni, bolehlah Ibu Ayah semak keputusan peperiksaan Qoid
melalui aplikasi ini je.
Keputusan boleh didapati dengan cepat dan dapatlah kita bantu, pantau dan
mencari punca masalah kalau Qoid ada masalah dengan sesuatu subjek tu kan.
Takdelah berharap pada cikgu je untuk bantu anak-anak belajar.
Kita boleh ambil langkah proaktif pula lepas ni.
Semoga mudahlah anak-anak kita belajar dan mencapai kecemerlangan
dalam dunia yang semakin mencabar ini.xoxo

Lynda Che Lah



2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.