Home Ads

Buat Pasport di UTC Keramat Mall

Assalamualaikum..

Kebetulan Encik Hubby nak kena renew pasport.
Nak travel Sarawak lalu Brunei.
So kena ada pasport la kan.

20 November tu kitorg ada makan-makan
sambut birthday Sham kat rumah mama.
Lepas tu baru teringat pasport tak renew lagi.
Hari Ahad confirmla kena pegi UTC.
UTC je yang ada urusan bagai ni pada hujung minggu.

Kami pernah ke UTC Pudu.
Memula check Imigresen Pelabuhan Klang buka.
So pergila terjah.
Sekali tutup. So maklumat kat Pakcik Google tak betul.

Terus shot pegi UTC Pudu.
Sampai Pudu dalam pukul 3.00 petang.
Tapi panjang gila beratur.
Tapi bila nak amik nombor kata nombor dah abis.
Padahal UTC tutup pukul 10mlm.
Macam awal sgt tutup nombor. 
Bila tanya cakap kuota hari tu dah cukup.
Ye ke tidak taktahulah.
Tapi tak mesra alam la pegawai tu.
So Encik Hubby tanya, abis sy kena juga renew pasport ni.
Dorang suruh pergi UTC Keramat Mall.

Terus lah ke Keramat.
Pusing juga la sebab banyak jalan tutup.
Sampai dengan harapan, masih lah ada nombor dan
kuota tak abis lagi.
Dan syukur, UTC Keramat Mall tak sesesak UTC Pudu.
Aman damai je. Ada je orang tapi memang terkawal.
 
 
 
Tengok je la budak 2 orang tu khayal tengok kartun.
Tapi sebelum tu dah berbelanja kat Kedai 1 Malaysia.
Paling lama tunggu tak sampai 2 jam.

Parking byk. Cuma surau agak menyeramkan.
Gelap dan bilik wudhu tak selenggara.
Tandas agak kotor. Mungkin Ahad takde orang jaga.
Kedai makan banyak.
Nampak mcm tengah upgrade dengan tambahan pasar. 

So lepas ni dah tau mana nak buat segala urusan rasmi untuk
urusan JPN, JPJ, Imigresen pada hari minggu.
Kat Selangor ada kan nak buat.
Bajet 2017 dah bentang. Cuma tak pasti lokasi.

Siapa terdesak atau kesuntukan masa,
boleh ke UTC Keramat. UTC Pudu penuh.
Sekadar pandangan dan cadangan sebab pada kami,
ok la perkhidmatan di UTC Keramat ni.xoxo

Lynda Che Lah


4 comments:

  1. waahh..bestnyer nk ke sarawak n brunei ye...

    ReplyDelete
  2. Salam, ramai juga orang cakap UTC Keramat tak ramai orang. Sekarang passport RM200 utk 5 tahun kan adult? hehe. :D nanti nak renew jugak hehe

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~