Home Ads

Checklist Anak Masuk Darjah 1

Assalamualaikum..

Qoid nak masuk darjah 1. Ibu mcm taktau nak beli apa.
Banyak je la save post yang Ibu-Ibu share kat FB.
Tapi setakat baca pastu blur balik.

Dah 2 3 kali pergi Jusco, Tesco tengok baju, kasut dan alat tulis.
Tapi end up tak beli apa-apa.
Semalam je beli kan sepasang kasut sekolah.
Itu pun sebab Qoid kata selesa dan dia happy nak beli.
Jenama Asadi harga RM29.90. Ok ke?

Lepas tu blur balik nak beli apa..
So meh buat check list untuk anak masuk darjah 1.
Boleh review dan pastikan ada yang tak tertinggal.

Check List :

1. Pakaian (2/3 set)
Baju Putih
Seluar Biru
Singlet   beli kat Jusco 4 helai RM5.90 sehelai

Seluar Dalam  beli tambahan 5 helai kat Jusco RM15.90

Kasut   dah ada 2 pasang. tinggal lagi sepasang

Stokin   beli 2 set (3 pasang RM11.90) kat Jusco

Ni semua masih fikir nak beli kat mana. Kita survey la byk
tempat. Pasaraya MU, Jalan Jepun, PY Trading, Jusco, Tesco.

2. Alat Tulis
Pencil Box
Pensel
Pensel Warna
Pemadam
Sharpener  kecil dah beli. nak beli yg besar
Botol Air dah ada sebenarnya.
Bento Box
Pembaris
Beg sekolah  Tropicana Life RM71.00 kat Jusco

Pembalut Buku  ~ semalam beli 4 sebab segulung harga RM2.
Sticker Nama   ~ Dah beli sticker. Tinggal nak print
Ni semua samada pergi Popular, MPH atau cari kat Giant/Tesco/Jusco

3. Buku dan Yuran
Ni tunggu bookshop sekolah buka terus pergi. Bookshop buka 14 Disember
Beli je la ikut senarai apa yang patut nanti. Dah setel RM62.

Tapi ada buku kerja belum dapat. ni akan dapat masa pendaftaran.
Standby amount of money lagilah. Tak tahu berapa.

Yuran etc tu setelkan masa orientasi 30 Disember.
Gambar passport 4 keping
Salinan surat beranak (manalah tau sekolah nak)

Apa lagi? Kalau ada nak tambah nti update.
Tetiba tak dapat nak fikir.
haha..I dah ckp I confirm blur punya Encik Hubby.
Tetiba jadi taktau nak beli apa.
Sebab kalau boleh nak semua lengkap tapi nak berbelanja
secara berhemah.
Maklum zaman begini..semua kena kira dan dipastikan betul.

Setakat ni belanja barang yang dah dibeli RM200++ (9 Dis)

Janji Qoid bersedia ke sekolah. Dan yang penting bersemangat.
Ibu Ayah pun kena bersemangat waja sebab Ayah pun dah tukar
waktu masuk keje.. boleh ke kita ni?
Ahaha..tahun depan kita tau lah kan..
Kalau ada rezeki, tahun depan ada rezeki lain yang tunggu.xoxo

Lynda Che Lah

8 comments:

  1. aha.... sama la.. anak nak masuk darjah satu jugak.. apa pun tak beli lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau nak beli tapi tak terbeli.
      haha

      Delete
    2. selebihnya tunggu gaji bln dua belas plak..kikiki

      Delete
  2. Kite nak save siap2 lah utk persediaan...walaupon lagi 4 tahun ..hahahha...seronok buat checklist ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan duit.nti boleh list down..hehe

      Delete
  3. Hahahaaha..kalau buat list nangis okeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kalau tak buat list, mak yang over beli brg lagi nangis..
      hehe

      Delete
  4. banyak kan persediaan bila anak nak masuk tahun 1... alatulis tj nanti mesti nak kena beli banyak2 kali jugak

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~