Home Ads

Rombongan Meminang ke Terengganu

Assalamualaikum..

Buat ingatan keluarga..
Kami ikut menghantar rombongan meminang ke Terengganu.
Sepupu sy belah Mama, Ammar Hafiz dah jumpa pilihan hati.
Jauh kan kami menghantar.
Tapi sambil menyelam minum air la kan.

Semua ada yang bertolak awal pagi. Kami bertolak lepas solat Jumaat 14April.
Kali ni di Kuala Terengganu. So memang guna LPT.
Btw, laluan LPT yang lurus dan `bumping' memang mengantuk.
So sy gilir2 dengan Encik Hubby drive.
Dan perlu diingatkan sepanjang LPT amat sukar jumpa stesen minyak.
So kena make sure smpi R&R Gambang isi penuh tangki minyak balik.

Kami menginap sebelah Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Ada homestay 9 bilik kalau tak silap.
Dapat bilik lengkap dengan bilik air, dapur, ruang tamu.
Kawasan luas. Tapi ada bilik yang takde aircond.

Kami sampai lebih kurang pukul 8 malam.
siap mandi semua, keluar makan ramai-ramai.
Lepas tu esok menghantar.
 
 
 
 
 
Makan kenduri dihidangkan nasi dagang.. Memang best la kan.
Orang Ganu. Tahniah Hafiz. Nanti Insha Allah kita jumpa lagi
bulan Julai untuk majlis pula. Selamat menjalani alam pertunangan.

Lepas tu, kami ramai-ramai jalan pusing Terengganu.
Dah sampai kan, nak tgk Masjid Kristal yang tersergam indah.
Solat sunat, lepas tu berehat ambil angin laut.
Nak makan binatang celup tepung tak sempat.
So nanti Julai kita round Kuala Terengganu.
Dah plan amik cuti lama sikit.xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~