Sambut Birthday Mama di Aroma Hijrah TTDI

May 08, 2017
Assalamualaikum...

Post tertunggak juga.
Sempena birthday Mama 24 Mac.
Kitorang sambut di Aroma Hijrah TTDI Jaya.
Restoren makanan Arab.
Ada nasi Arab dan pelbagai pilihan makanan Arab.
Pemilik restoren orang Melayu kita.
Kalau hari Jumaat-Ahad, Aroma Hijrah ni fulhouse ye korang.
Sila booking dulu. Kalau tak alamat menunggu sampai meja kosong.
 
 
Malam tu order style dalam dulang. Kami order 2 dulang. Makan ramai-ramai.
So far antara nasi Arab yang sedap juga. 
Servis agak cepat dengan restoren yang penuh. Cuma kalau  nak minta tambah jenuh la sikit.
Suasana restoren sejuk dan terang.
 
As suprised malam tu, kami adik beradik kongsi suprise
dengan suprise planner, Sofy..
Mama dapat bunga ros dan sekotak brownies.
Harga siap delibvery Sofy ambil RM95.00.
Servis bagus. boleh follow IG Sofy @sofybakery
 
 
Total makan malam tu lebih kurang RM280++ .
Berbaloi makan ramai-ramai.Tapi pilihan makanan memang
makanan Arab lah kan. Tapi seronok apa makan dalam dulang kan.

Untuk tempahan sebarang majlis, boleh hubungi :
Aroma Hijrah TTDI
No 8, Jalan Opera U2/H,TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.
No Telefon: 03 7832 1524.


Lynda Che Lah

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.