Home Ads

Family FunDay Unit Hasil 2017

Assalamualaikum..

Ramai tanya Episod 2 kisah Mahligai tu.. Insha Allah otw. tapi meh kita update cerita best ni juga..

Perkongsian gembira sepanjang 2017. untuk pertama kali dalam sejarah bekerja dapat join Family Day yang diorganise sendiri dan diusahakan bersama. Big clap and applause untuk mereka yang byk bertungkus lumus menjadikan impian ini satu kenyataan.

Famiy FunDay Unit Hasil ni dorg start plan tahun lepas. Tak silap end of November 2016. Bermula dengan aktiviti survey tempat best smpi sesi kumpul duit secara berjemaah. Dan hasil muafakat maka kami semua memilih tarikh 29 April 2017 untuk merapatkan lagi ukhwah terjalin. Sepakat juga pilih Desa Murni Temerloh Pahang. Program ni 2 hari 1 malam je. Tapi seronok sebab kami bukan dalam suasana ofis dah..Yang ada cuma sahabat dan muafakat..

Lepas semua diatur cantik, ada geng konvoi pegi ke Temerloh. Kitorg tak ikut konvoi sebab ada urusan. So pagi 29 April, uruskan hal yang perlu, lepas tu terus gerak dan tiba di Temerloh lebih kurang jam 4 petang.
Aktiviti pertama of coz bergambar..Lepas tu kitorang ada sukaneka. Ni semua join..termasuk ada games untuk anak-anak.. Alhamdulillah seronok dorang bergaul dengan kawan baru.
 
Qhalif dan Qoid join game kutip gula-gula, bawa bola pinpong dlm sudu, tiup belon smpi pecah, Bowling kelapa. Sekadar suka-suka. Lebihnya dorang dah pandang kolam nak mandi.. Kami suami isteri join game bowling kelapa, bawa kelapa sambil jalan..game surat berantai. Seronok wei jadi budak-budak balik. Then gelakkan orang..hahaha.. Memang release tension abis..Badan pun rasa enjoy..
 
 
Minum petang, makan malam, supper semua tersedia. Memang antara lainpun berehat sambil riadah.Anak-anak enjoy mandi kolam. Malam aktiviti makan malam (BBQ) dan penyampaian cenderahati. Yang ada bakat terdendam, dorang karaoke malam tu. Kebetulan dalam ramai-ramai kitorg Qoid dpt cabutan bertuah. Anak bertuah kan katanya..hehe.. seronok dia sbb semua games tak menang.
 

Yang best team sy menang semua games kumpulan. haruslah happy kan. Orang kata sepakat bawa berkat. Yang penting adalah keserasian dan muafakat. kitorg kerjasama berganding bahu.. Takde tolak kerja. Bantu apa yang boleh. Dari bab pilih tempat, kumpul duit, cari hadiah, balut hadiah. bawa hadiah beramai-ramai..Uruskan anak-anak ramai-ramai.
Terima kasih korang untuk ukhwah yang terjalin.. Semoga terus terjalin dan serasi.xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~