Home Ads

Mahligai Kami ~ Episod 3

Assalamualaikum..

Sambung terus..
Satu petang, Hadi bagitau. Tukang Otai nak datang.
Jadi bertunggu lah kami di rumah Mama sampai ke malam.
Tapi dah lepas Maghrib pun tak muncul juga. 
Call Hadi, dia bagitau tukang dr Tanjung Malim tu bateri hp kong.
Tak dapat call dia untuk bg direction.
So balikla kami ke Desa Bukit Permata dengan kecewa.

Hari demi hari tunggu, tiada kepastian drpd Tukang.
So kami cuba juga bertanya dengan tukang lain yang boleh coop.
Tak harap dah ngan Tukang Tanjung Malim tu. Sbb Hadi sendiri 
tak pasti..

Tapi, harapan pasti ada kan.. Jangan putus berharap dan serah
semua kat DIA. Petang 23 Januari 2017 kalau tak silap, Hadi call
suruh tunggu. Sebab Tukang Tanjung Malim janji nak datang.
Sepatutnya kami ada temujanji lain tapi kami batalkan.
Tunggu punya tunggu, Alhamdulillah, datang juga Tukang tu.

Bawalah dia tengok kondisi rumah. Dia pusing keliling rumah,
tengok keadaan tanah. Dan kami tunjukkan gambar masa banjir.
Dan kami bincang kat luar rumah dalam gelap malam.
Dia kata boleh nak refurbished je tapi dengan bajet RM50k..
dia boleh buatkan rumah baru.

Masa tu bajet kasar sebenarnya RM40-45k..Dan Tukang kata ok.
Esok dia start kerja. Kitorang macam?? Betul ke boleh?
Dia cakap boleh. Takpe.ni kira dia tolong. Lagipun kebetulan dia
dah abis kerja kat Tanjung Malim. Cuma dia minta keizinan untuk buat
rumah kongsi kat belakang tanah nanti. So senang tak payah ulang alik.

Kami balik tu, senyum smpi telingalah kan..
Walau kepala pusing mcm mana nak realisasi juga.
Tapi ok..esok kita tunggu. Tapi kebetulan minggu tu kan cuti Raya Cina.
Banyak kedai tutup. So tukang tangguh datang.
Maka menantilah lagi.

To be exact 3 Februari 2017 tukang datang dengan orangnya.
Ada 3 orang. Saya ingat sgt sbb masa tu hari Jumaat. Saya balik rehat.
Tgk dorang tgh buka bumbung..Tgh hari terik tu dorang robohkan rumah tu.
Ni pelan asal Hadi lukis hasil perbincangan dengan Encik Hubby. 
Keluasan lebih kurang 25x28 kalau sy tak silap. Dan harga RM50k adalah 
termasuk wiring. Tapi kami tak ikut pun exactly macam pelan ni.
Sebab dr masa ke semasa kami tgk progress dan decide nak alih atau 
nak besarkan bahagian mana. Itu untung buat sendiri kot kan.

Konsep ni lebih kepada konsep apartment diletakkan ke bawah.
Ni Encik Hubby cakap, Memang konsep petak. tapi harga barang pun menyumbang juga.
Tukang kata harga kat Klang jauh beza lah ngan Tanjung Malim.
Ada yang tingkap kitorang tempah kat Tanjung Malim.

Dari segi progress payment kami bagi mingguan. RM10k untuk beli barang dan
bayar upah. Itu semua Hadi dan Tukang uruskan. Kerja berjalan lancar sebab ada dalam
4 orang kerja. Tukang tambakkan tapak rumah dengan batu-batu saki baki rumah lama
dulu. Jadi ketinggian dah meningkat dan Insha Allah tak kena banjir.

 
Lantai dorang ikat besi piling sendiri. Dah tambak, dorang konkrit lagi.
masa tu masuk lori simen yang besar tu tuang konkrit. Ni takde gambar sbb 
semua terkejut amik video je. Qhalif lah paling excited tgk lori simen tu.

Mengikut perjanjian, rumah akan siap dalam tempoh lebih kurang 6 minggu.
Semua berjalan lancar. Sambil tu balik kerja kami akan turun site tgk apa nak tambah
ke nak ubah ke.. So kami ubah kedudukan pintu dan decide untuk jadikan
2+1 bilik dan 2 bilik air. 2+1 bilik tu sebenarnya ada plan nak besarkan ruang tamu.
So Qoid Qhalif share 1 bilik. Tapi in future maybe kita naik dinding untuk tutup jadi 3 bilik.
Lepas tu tukang cakap, kalau nak cantik buatlah anjung. Sebab RM50k tanpa anjung.
Tapi seriuously kami tak cukup duit. Masa tu kami tengah tunggu duit 10% buyer nak bagi.
So bincang punya bincang tak jadi.

Semua berjalan lancar sampailah satu tahap kami tinggal nak tgk dorang pasang tile,
pasang plaster ciling je. Tapi diharap sinar mentari terus bersinar tapi rupanya ada 
lagi dugaan nak datang. Gembira terencat sekejap.. Kebetulan kami sibuk dengan 
urusan lawyer, urusan kenduri kendara.

Dalam kesenangan, mesti akan ada yang mengambil kesempatan.
sambil kita gembira kita pasti kadang terlepas pandang bukan semua orang suka
tgk kita senang.. Nanti kita sambung ye..xoxo

7 comments:

  1. Dah naik pom rumah..tgkbdr depan..design moden kan.. Petak2..

    Lya doakan ujian y dtg tu dipermudahkan.. Yelah..bukan sng kan nk gapai impian... Ehh..k sbnrnya rmh dh siap ni?? Krikk krikk krikk.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya rumah dah siap Lya. Dah duduk pun.
      cuma belum reveal gambar umah siap.
      tu yang nak share process tu..

      Delete
  2. Cepat lah kak tak sabar ni. Esok story face to face boleh? Hihi. Iera gojes

    ReplyDelete
  3. Waaa bestnya wat umah dari scratch!

    ReplyDelete
  4. Killa baru baca ni, tertunggu tunggu jugak sambungan hehe lambat baca.

    Tahniah kak


    Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~