Home Ads

Mahligai Kami ~ Episod 4

Assalamualaikum..

Minta maaf..
Tak dapat nak sambung awal. Kebetulan sy tak sihat jadi mood menulis takde.
Lepas tu Qoid demam.. Ada yang kat ofis tanya..hehe..

Harga rumah sebenarnya hasil perbincangan RM50k tanpa tiles,tanpa anjung.
Sy dah edit harga kat previous post. Atap zink dan tingkap nako. 

Dan bila pekerja nampak kita sentiasa pump duit pd tukang, mulalah 
pekerja amik kesempatan. Masa progress, kadang kitorang tgk ntah 
sesapa datang keje. Maklumlah kalau tak silap upah sehari RM100,
Kadang sehari ada dekat 7 8 orang kerja. Laju memanglah laju tapi tak
kurang juga ada yang hasut suh lambatkan kerja sebab nak tarik tempoh.
Lepas tu buat perangai nak meminjam duit pastu mengadu domba.
Kali ni sampai libatkan ayah dan atok. So kami tak selesa.

Encik Hubby jumpa tukang, suruh selesaikan segera.
Masa ni macam tak mungkin akan siap dalam tempoh 6 minggu.
Lepas tu mulalah tukang serabut sebab bajet dah lari sikit.
Mana nak menanggung kerenah pekerja yang bukan-bukan tu..
mana nak beli barang. Lepas tu tukang pun mula minta tambah duit.

Kami tambah lagi RM3k untuk tukar tingkap nako ke tingkap kaca.
Lepas tu kami tambah RM2k untuk beli tiles pasang satu rumah. 
Perbincangan awal takde tiles ye. Lantai simen je.
Sebab harga barang yang mahal, kami kenalah tambah duit.
Kebetulan masa ni dah dapat duit deposit jual rumah 10%..
Lupakan hasrat nak beli apa-apa :P

Lepas dah buang pekerja bermasalah. datang pekerja baru dan progress berterusan..
Tapi kebetulan masa progress, atok buat kenduri tahlil.
Maka berduyun lah sedara datang tgk rumah. Dan impress dengan harga dan kualiti kerja.
Masa ni pula pun lah tukang nak amik job lain. Sedara pun fikir takpe.
Sebab kita sedara kan. So rumah kita boleh tangguh.

Memang masa ni kami amat stress sebab macam-macam pula kerenah nak dilayan.
Yang pekerja asal tgh hari je hilang pergi buat projek lain.
Balik untuk konon-konon finishing tapi lebihnya tidur. Ingat kita buat rumah kongsi tu
kira kebajikan ke. Elektrik air kitorg bayar kot.

So kami push juga buat siap umah kitorang. Tapi tahu lah kan bila dah marah.
Tak peduli dah janji rumah siap.
Buatlah juga smpi ke tahap buat lantai.
Tetiba juga tukang bagitau anak dia nak kahwin kat Tanjung Malim jadi 
minta izin nak buat renovation rumah dia 2 minggu.

Dah kenapa? Rasa macam nak menangis.. Macam-macam pula.
Tapi kadang rasa perikemanusiaan, rasa erti bantu membantu maka kami
izinkanlah dengan syarat lepas je habis kenduri kawin mesti sambung keje.
Maka berhentilah progress selama 2 minggu.
Nasib baik tukang menepati janji. Genap 2 minggu lepas terbiar begini dia datang 
dengan pekerja baru. Dan berjaya siapkan dalam tempoh lebih kurang 7 hari.
  
Tapi lepas tu tinggal sorang je pekerja nak setelkan..
End up pekerja yang sorang ni give up sebab dia tak larat nak buat sorang.
So dia bagitau Encik Hubby, nak balik dan tak larat.Maka bertangguh lagi lah.

Masa ni pun kita dah start stress sampai sy yang WhatsApp tukang minta buat segera.
Sebab saya nak masuk secepat mungkin. Sebelum ni sy endah tak endah je.
Tapi bila dah mcm ni asyik delay je..Asyik nak tangguh.. Hanginlah juga..

Apa jadi seterusnya? Kita tunggu next post ye..
Janji yang tu last episod. Baru masuk ofis.. Keje banyak.. 😭

Lynda Che Lah

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~