Home Ads

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum..

Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami.
Sebab Qoid positif denggi..

Sebenarnya Qoid start demam secara tiba-tiba hari Isnin cuti Nuzul Quran.
Tgh hari tu dia cakap sakit kepala dan badan panas berapi.
So sy bagi dia makan PCM dan pakaikan cool fever..
Dia tidur sepanjang tgh hari dan petang.
Adalah kurang sikit. Tapi malam start panas balik dan dipantau.
Lap-lap badan tapi tak turun suhu. So hari Selasa bawa dia jumpa doktor.

Masa tu doktor kata dia kurang air. Tu sbb badan panas.
Dan mungkin kencing kotor. Tapi Qoid memang kurang minum air.
So sambung PCM dan on antibiotik. Balik tu doktor psiko kalau taknak
minum air, nanti bawa datang klinik doktor potong perut dan masukkan air.
Berbotol-botol juga Qoid minum air takut dgr doktor cakap.

Selasa sy dan Encik Hubby bercuti. So kami pantau Qoid minum air
banyak-banyak. Rabu kami kerja so dia duduk dengan Onny tapi pantau
juga minum air. Rabu tu dah takde demam. 

Khamis Qoid nak pergi sekolah dah. So dia bangun mcm biasa tapi nampaklah
dia mcm letih sikit. Tapi pada kami dia dah recover. Kat sekolah puasa separuh hari.
Saya jemput balik sekolah letih dan haus, so suruh berbuka.
Sepanjang 2 hari ni takde demam. Tapi dia mcm letih. Mungkin sebab panas cuaca kan.
Jumaat jemput dia balik sekolah badan panas balik. So ingat dia kurang air.
Tapi dpt berita, jiran depan rumah Mama kena demam denggi. So semua diharap berhati-hati lah.
terus masa tu rasa ye ke Qoid ni kena denggi. 

Google la segala petanda denggi. Yang ada cuma Qoid ni demam on off dan sakit kepala. 
Petanda demam denggi adalah demam kuat selama lebih kurang 5 hari. 
Muntah dan cirit birit. Sakit kepala dan sakit belakang mata. Sakit sendi. Ruam.

Simptom yang ada sakit kepala first day tu dan demam berpanjangan. 
Bila picit bahagian sendi Qoid kata tak sakit. So macam nak abaikan.
Tapi dalam hati risau lah kan. 

Sabtu kan sekolah berganti. Kebetulan sekolah buat hari terbuka. So Qoid memang kena 
pergi sekolah. Tapi pagi tu kami suami isteri macam tak sedap hati. Tapi Qoid tak demam.
So hantar dia sekolah. Lebih kurang pukul 8.30pagi kami datang sekolah amik report card.
Tapi on the way nak shopping kononnya nampak tangan Qoid naik ruam. Terus pergi DEMC.

Di DEMC kami buat ujian darah. Sebab doktor dgr history pasal jiran kena denggi.
So dia kata takpe, terus check untuk denggi. Bertunggulah. Nasib baik amik darah kat jari je.
Sebelum tu dia dah menangis dah membayangkan kena amik darah macam mana.😏😓
Kali kedua ke bilik doktor, doktor cakap Sorry, positive dengue.😢😭
Terduduk lah juga. Tapi memang dah bersedia dengan segala kemungkinan.
Doktor kata kena warded sebab dia kanak-kanak. Tapi kami takde insurans.
So dalam kepala terus decide pergi PPUM. So transfer out dari DEMC terus pegi PPUM.
Sampai Emergency Paed, terus jumpa doktor dengan referral letter DEMC.
Doktor check signs dan tanya banyak soalan. Antaranya, dia ada citit birit ke, ada muntah ke.
Boleh minum air dan makan tak. So far semua Qoid ok. Cuma badan ada ruam yang banyak 
dan darah dia positif denggi.
So doktor explain yang platelet Qoid tak kurang sgt. Kalau below sampai 50 mmg kena warded.
Lepas tu kecairan dan kepekatan darah Qoid 35L kurang 2L dr kepekatan biasa. So ok juga.

So kami kena repeat blood taking esoknya untuk platelet naik dan kepekatan sama atau normal.
Cuma doktor minta tgk any signs yang memperlihatkan dia lemah, tak mahu makan dan minum.
Ni tempoh 48 jam yang kritikal bilamana Qoid dah lalui fasa pertama iaitu fasa demam dan 
kuman bertindak.

Denggi ada 3 fasa iaitu fasa permulaan, fasa kritikal dan fasa penyembuhan.
Kes Qoid dah masuk fasa kritikal samada kuman denggi akan mati atau terus hidup 
dan menjadi lebih teruk. Ini mengambil masa 2 hari untuk kuman mati atau bertindak. 

Jadi semalam kami pergi balik PPUM untuk amik darah dan Alhamdulillah bacaan darah baik.
Sebab lepas balik Sabtu tu kami sambung bagi Qoid minum air banyak-banyak.
Lepas tu bagi minum Pink Guava Peel Fresh. Memang ni antara cara nak sembuhkan denggi.
Dan air kosong tak berhenti ye. 100Plus dikawal untuk beri tenaga je. Dalam secawan 2 je.

Sampai doktor pun cakap, awak mesti minum air banyak kan. So result darah cantik dan kuman 
dah takde. Syukur. Tapi doktor kata fasa penyembuhan kena pantau juga untuk pastikan
kuman tak menyerang balik kalau kita terleka ke apa ke. Fahamlah budak kan.
Kalau tak suruh tak jerit tak buat 😅

So Ibu Ayah as govt servant dapat cuti kuarantin 5 hari untuk pantau Qoid. Tapi Insha Allah akan
dipendekkan cuti sebab Qoid pun dah beransur pulih cuma kena pantau. 
Nanti tak memasal demam balik sebab tak tgk dia minum air dan rawatan susulan.
So kalau anak sakit tu memang Ibu Ayah tak senang hati lah kan.
Tindakan pantas pun kena buat. takleh lengah lah kalau kita rasa anak kita tak mampu bertahan.
Kadang tanya pun tak tau dia explain betul ke tak.

Sabtu hari tu dah dtg fogging. So semua sibuk kemas kawasan rumah. Sebab tak mahu 
Aedes membiak lagi dan menyebabkan semua orang sakit. Kerjasama dan kebersihan kita 
sama-sama kena buat. Alhamdulillah juga hidup dikelilingi keluarga. Jadi bantu membantu.xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~