Home Ads

Jom Bercuti di Ipoh ~ Heritage Hotel



Assalamualaikum..
Mood cuti-cuti kadang datang bila kita banyak kerja kat ofis, serabut dengan masa yang macam tak cukup. Kan? Tapi nak pergi bercuti pun kadang terhalang dengan kekangan masa lepas tu cuti takde. So kalau boleh, kita cuba pergi tempat yang dekat tapi menarik. Antara tempat yang nak sangat pergi ialah Ipoh! Kenapa Ipoh? Sebab Ipoh mali talak sombong maaa..
Apa benda yang awesome di Ipoh? Sudah semestinya Bandar Ipoh antara destinasi percutian yang sangat Ohsem untuk dilawati di Negeri Perak walaupun kunjungan korang sekadar short trips! Banyak tempat menarik nak dilawati di Ipoh antaranya pelbagai muzium, taman tema air dan taman tema permainan terbaru yang mmg hipster. Lagipun Ipoh dah jadi antara bandar Hipster sebab banyak kafe hipster di Ipoh.

Bandar Ipoh juga penuh dengan pelbagai karya seni hasil daripada air tangan penduduk setempat sangat kreatif sesuai dengan gelaran  Ipoh bandar Hipster. What's Awesome In Ipoh! Bandar Ipoh sememangnya sangat awesome untuk diterokai penuh dengan pelbagai tarikan untuk dilawati pasti menjanjikan pengalaman bercuti yang cukup menarik, bandar yang dikelilingi gunung-ganang batu kapur yang cukup mempesonakan Ipoh ternyata sebuah bandar lama yang cukup nostalgia dan bersejarah untuk dilawati.

Tapi kalau boleh sampai Ipoh tu, kita mesti kena bermalam. Dapat semalam pun jadilah kan. So kalau Lynda pergi Ipoh, Lynda pilih nak menginap di Heritage Hotel. Hanya memakan masa 10 minit perjalanan ke tol lebuh raya utara selatan (PLUS). Hotel ini juga berdekatan dengan Kelab Golf Royal.

Heritage Hotel ni ada 3 jenis bilik iaitu bilik executives, bilik deluxe dan bilik superior. 
Kalau Lynda nak pilih bilik executive, bilik yang sangat selesa. Maklumlah anak dah bujang. Semua nak tidur sendiri. Ruangnya yang kondusif. Susunan yang teratur dan yang paling penting sangat selesa. Anda boleh pilih bilik yang anda mahu bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Lagi mahal, lagi selesa bilik anda. Sekali sekala nak tenangkan fikiran mungkin boleh.


Setiap bilik dilengkapi dengan mini bar so anda juga boleh mendapatkan makanan dan minuman yang tersedia di sini. Tak perlu keluar cari kedai makan jika perut anda lapar. Heritage Hotel dilengkapi dengan Wifi, TV yang besar dan saluran rangkaian Astro. So sambil anda bercuti, mungkin anda masih boleh menonton cerita kegemaran anda. Seronok bukan? Untuk kemudahan di bilik air pula, semua tersedia seperti pemanas air, sabun, shampoo , tuala. Kira lengkaplah semua.

Sekarang kan macam mudah kalau buat majlis perkahwinan di hotel kan. Heritage Hotel boleh memuatkan 500 orang di dewan ini pada satu masa. Apa kata pilih hotel ini untuk meraikan hari bahagia anda. Atau untuk apa-apa event macam sambutan hari jadi ke, gathering dan reunion ke kan. Jangan risau, dewan hotel ini sangat menarik dan selesa. Heritage Hotel boleh hiaskan cantik-cantik ikut kehendak dan tema anda.


So, lepas dah berehat dengan selesa dengan hotel pilihan ini, baru boleh ronda Ipoh. Apa Awesome kat Ipoh? Boleh pegi Padang Polo, makan Nasi Ganja, tgk Stesen KTM Ipoh yang cantik macam Taj Mahal, tgk mural cantik macam kat Art of Oldtown. Ni macam kat street art Georgetown tu. Lepas tu boleh pergi Gua Tempurung. Nak mandi manda boleh pergi Lost World of Tambun. Yang terbaharu, Movie Animation Theme Park. Ni bebudak sukalah kan. Kalau ikut banyak sgt tempat menarik nak dilawati di Ipoh. Kafe Hipster dengan deko menarik pun banyak sgt. Full lah IG story anda kalau datang Ipoh. Eh tak sabar pula nak pergi Ipoh.






Kalau nak seronok, ajak famili sekali. Nak mudah kita cari hotel guna aplikasi di telefon dan laptop. Taip je find heritage hotel ipoh at the cheap price, pilih bilik yang best dan enjoy ronda Ipoh! Taksabar nak pegi Ipoh lah macam ni..Jom!

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. bestnya IPOH. hehheh harap bulan 9 nanti leh smpai sana. errr sana panas tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh panas.
      Tapi kalau tgk tempat best hilang panas kot.
      hahah

      Delete
  2. welcome to Ipoh.. hehehe... datang Ipoh boleh la kite jumpa

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~